Pages


Saturday 31 March 2012

Kata-kata Mutiara 3

IDEAS ARE ONLY SEEDS, TO PICK THE CROPS NEEDS PERSPIRATION.
GAGASAN-GAGASAN HANYALAH BIBIT, MENUAI HASILNYA MEMBUTUHKAN KERINGAT.

LAZINESS MAKES A MAN SO SLOW THAT POV ERTY SOON OVERTAKE HIM.
KEMALASAN MEMBUAT SESEORANG BEGITU LAMBAN SEHINGGA KEMISKINAN SEGERA MENYUSUL.

THOSE WHO ARE ABLE TO CONTROL THEIR RAGE CAN CONQUER THEIR MOST SERIOUS ENEMY.
SIAPA YANG DAPAT MENAHAN MARAHNYA MAMPU MENGALAHKAN MUSUHNYA YANG PALING BERBAHAYA.

KNOWLEDGE AND SKILLS ARE TOOLS, THE WORKMAN IS CHARACTER.
PENGETAHUAN DAN KETERAMPILAN ADALAH ALAT, YANG MENENTUKAN SUKSES ADALAH TABIAT.

A HEALTHY MAN HAS A HUNDRED WISHES, A SICK MAN HAS ONLY ONE.
ORANG YANG SEHAT MEMPUNYAI SERATUS KEINGINAN, ORANG YANG SAKIT HANYA PUNYA SATU KEINGINAN

A MEDICAL DOCTOR MAKES ONE HEALTHY, THE NATURE CREATES THE HEALTH. (Aristoteles)
SEORANG DOKTER MENYEMBUHKAN, DAN ALAM YANG MENCIPTAKAN KESEHATAN. (Aristoteles)

THE MAN WHO SAYS HE NEVER HAS TIME IS THE LAZIEST MAN.(Lichtenberg)
ORANG YANG MENGATAKAN TIDAK PUNYA WAKTU ADALAH ORANG YANG PEMALAS.(Lichterberg)

POLITENESS IS THE OIL WHICH REDUCES THE FRICTION AGAINST EACH OTHER. (Demokritus).
SOPAN-SANTU ADALAH IBARAT MINYAK YANG MENGURANGI GESEKAN SATU DENGAN YANG LAIN. (Demokritus).

A DROP OF INK CAN MOVE A MILLION PEOPLE TO THINK.
SETETES TINTA BISA MENGGERAKAN SEJUTA MANUSIA UNTUK BERFIKIR.

WE CAN TAKE FROM OUR LIFE UP TO WHAT WE PUT TO IT.
APA YANG BISA KITA DAPAT DARI KEHIDUPAN KITA TERGANTUNG DARI APA YANG KITA MASUKKAN KE SITU.

REAL POWER DOES NOT HIT HARD, BUT STRAIGHT TO THE POINT.
KEKUATAN YANG SESUNGGUHNYA TIDAK MEMUKUL DENGAN KERAS, TETAPI TEPAT SASARAN

IF YOU LEAVE EVERYTHING TO YOUR GOOD LUCK, THEN YOU MAKE YOUR LIFE A LOTTERY.
JIKA ANDA MENGANTUNGKAN DIRI PADA KEBERUNTUNGAN SAJA, ANDA MEMBUAT HIDUP ANDA SEPERTI LOTERE.

REAL POWER DOES NOT HIT HARD, BUT STRAIGHT TO THE POINT.
KEKUATAN YANG SESUNGGUHNYA TIDAK MEMUKUL DENGAN KERAS, TETAPI TEPAT SASARAN.

BEING CAREFUL IN JUDGING AN OPINION IS A SIGN OF WISDOM.
KEHATI-HATIAN DALAM MENILAI PENDAPAT ORANG ADALAH CIRI KEMATANGAN JIWA.

YOU RECOGNIZE BIRDS FROM THEIR SINGGING, YOU DO PEOPLE FROM THEIR TALKS.
BURUNG DIKENAL DARI NYANYIANNYA, MANUSIA DARI KATA-KATANYA.

ONE OUNCE OF PREVENT IS EQUAL TO ONE POUND OF MEDICINE.
SATU ONS PENCEGAHAN SAMA NILAINYA DENGAN SATU PON OBAT.

Smile is the shortest distance between two people.
Senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia .

Real power does not hit hard , but straight to the point.
Kekuatan yang sesungguhnya tidak memukul dengan keras , tetapi tepat sasaran

You have to endure caterpillars if you want to see butterflies. (Antoine De Saint)
Anda harus tahan terhadap ulat jika ingin dapat melihat kupu-kupu. (Antoine De Saint)

Only the man who is in the truth is a free man.
Hanya orang yang berada dalam kebenaranlah orang yang bebas.

Every dark light is followed by a light morning.
Malam yang gelap selalu diikuti pagi yang tenang.

Laughing is healthy, especially if you laugh about yourself.
Tertawa itu sehat, lebih-lebih jika mentertawakan diri sendiri.

The danger of small mistakes is that those mistakes are not always small.
Bahayanya kesalahan-kesalahan kecil adalah bahwa kesalahan-kesalahan itu tidak selalu kecil.
Kesalahan kecil bisa mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya bisa menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan.

To be silent is the biggest art in a conversation.
Sikap diam adalah seni yang terhebat dalam suatu pembicaraan.

The worst in the business world is the situation of no decision. (Napoleon).
Yang terparah dalam dunia usaha adalah keadaan tidak ada keputusan. (Napoleon).

Dig a well before you become thirsty.
Galilah sumur sebelum Anda merasa haus.

Friday 30 March 2012

Kata-kata Mutiara 1

Bismillahirrahmanirrahim
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
  • Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
  • Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
  • Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
  • Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  • Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
  • Gerabak kosong lebih kuat bisingnya  daripada gerabak yang penuh muatan.
  • Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
  • Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya
  • Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia….. gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
  • Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  • Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
  • Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
  • Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
  • Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya
  • Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain
  • Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
  • Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah dan yang paling utama sekali adalah dari pertolongan Allah S.W.T
  • Seseorang yang berkhianat selalu terhina.
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Kita dilahirkan dengan dua buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
  • Seribu mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin kehidupan kita didunia dan di akhirat
  • Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar
  • Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting
  • Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
  • Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
  • Seseorang yang jujur berkemungkinan diterima ucapannya oleh musuh.
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang kita cintai itu tidak kurang pentingnya dari kita
  • Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  • Jaga-jagalah bergurau, kerana ia berkemungkinan membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan……………

Bukan Simpati yang kucari

Assalamualaikum semua,

Semakin hari semakin diriku rasa tidak selesa,  Tetiba rasa sayu menyelubungi hidupku.  Entah apa yang kucari sebenarnya di sini.  Aku sendiri tak pasti sebenarnya.  Apa yang kutahu, aku bertahan di sini kerana seseorang.  

Aku ni sebenarnya seorang yang sangat manja.  Selama ini, aku tidak biasa dengan kata-kata yang kasar.  Hatiku terlalu lembut sebenarnya.  Hati akan sebak jika ada seseorang kasar denganku.  Terkadang aku terfikir, orang lain bukannya tahu bagaimana sifatku.  Bagaimana mama dan abah menjagaku.  Bagaimana aku dimanjakan oleh mereka.

Takkan aku nak memaksa orang untuk mengikut cara aku.  Lebih-lebih lagi mereka dibesarkan dengan cara yang berbeza dengan hidupku.  Mereka mempunyai kehidupan yang lain.  Mama dgn abah tak pernah mengajar aku untuk mengeluarkan bahasa-bahasa yang tak elok.  Terima kasih mama terima abah.  Kalianlah insan yang aku sayang.

Sebenarnya aku bukan tak mencuba untuk menggunakan bahasa-bahasa yang kasar ngan kawan-kawan tetapi entahlah aku tak boleh.  Di facebook, sering kali aku melihat pengguna yang menulis dengan kata-kata yang kurang enak dipandang mata.  Memanggil seseorang dengan perkataan yang tidak sepatutnya.  Aku penat melihatkan semua ini.

Mungkin dah sampai masanya untuk aku pergi dari sini.  Terkadang menyendiri lebih baik daripada semua yang aku lalui sekarang.  Namun begitu, aku amat berterima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.  Kawan-kawan yang banyak memberi kesedaran kepada diriku.

Aku cuma berharap agar pengguna-pengguna facebook lebih berhati-hati dalam post yang dikeluarkan kat facebook.  Ingatlah, apa yang kalian tulis itu dibaca oleh ramai orang.   Jangan sampai tulisan-tulisan yang tidak elok itu mempengaruhi orang lain.  Besarlah harapan agar apa yang dipostkan di facebook dapat memberi didikan kepada hati-hati yang membaca fb kalian.

Renung-renungkanlah.

Salam Sayang
Kak Jue

JAUHI 20 perkara untuk mencari keREDHAan Allah

Pertama : 

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.

Kedua : 

Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Ketiga : 

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman.

 Keempat : 

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Kelima : 

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).

 Keenam : 

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Ketujuh : 

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.

Kelapan : 

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.

Kesembilan : 

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

Kesepuluh : 

Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Kesebelas : 

Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Kedua belas : 

Jangan ego (sombong)  untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Ketiga belas : 

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia

Keempat belas : 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Kelima belas : 

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.

Keenam belas

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Ketujuh belas : 

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

 Kelapan belas : 

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

Kesembilan belas : 

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Kedua puluh : 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Thursday 29 March 2012

Kawan atau Sahabat

Salam n selamat malam semua.

Kak Jue masih lagi berbicara tentang persahabatan.  Sahabat ini ada macam-macam rupa, sifat dan ragamnya.  Dalam persahabatan ada suka dan dukanya.  Ada tenang dan ributnya.  Ada pasang dan surutnya.  

Apa beza kawan dan sahabat? Menurut pakar motivasi Dr. H.M Tuah, "Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia. Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan sedia bersama kita dalam semua keadaan, susah ke, senang ke, sahabat tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak). Itu menurut Dr. Tuah. Pada saya pula kawan orang yang mudah di dampingi sekiranya anda berduit, bergaya walhal sahabat orang yang akan sentiasa berdamping walau apa pun jua keadaan anda. 

Dalam menempuh kehidupan ini, harus pandai memilih kawan.  Ada kawan yang hanya perlukan kita untuk suka-suka sahaja, ada kawan yang hanya perlukan kita untuk bekerja, ada kawan yang hanya perlukan kita untuk kepentingan dirinya sendiri dan ada kawan yang ingin bersama-sama kita ketika suka dan duka.

Kawan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia terutamanya remaja.  Silap memilih kawan, kita akan parah.  Kita selalu akan terdorong untuk mengikuti apa dilakukan oleh kawan-kawan yang ada di sekeliling kita.  Suka atau tidak, kita harus mengikut apa yang ada di hadapan kita.   Jika semua kawan kita ingin makan di KFC, McD or Pizza, kita nak atau tidak mesti ikut mereka.  Sekali dua menolak mungkin ok tapi kalau selalu menolak pasti kawan akan pandang serong terhadap kita

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Kadang-kadang cakap kawan lebih mudah kita ikut berbanding ibu bapa, ingat tak zaman sekolah dulu. Pengaruh kawan tersangatlah besar. Zaman dah tua ni pun sama jugak.hehe.

Pernah tak dengar orang cakap, nak tau perangai seseorang tu macam mana, kena lihat dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul.

Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah, senang, sedih dan gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya, sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya yang sedang terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawannya susah dan sedih, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, 

Kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar suka berbual tetapi sahabat berbual, berbincang dan berkongsi pendapat. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?. 


Pemaaf......Sucikan Hati

Marilah kita bersama-sama meraba diri dan hati kita masing-masing, sudahkan keduanya kita tata sedemikian rupa hingga menambah nilai ketakwaan kita kepada-Nya. Hati ini harus selalu kita jaga, jangan sampai rusak terkena penyakit dan terjalar mala. Karena penyakit hati susah nian diobati, namun demikian insyaalah mudah dihindari. Dan bila terasa diri ini banyak dosa segeralah minta ampunan kepada-Nya. Atau bersegeralah melaksanakan hal-ha yang disukai-Nya sebagai tebusan atas kesalahan-kesalahan kita, agar kita menjadi suci kembali. Karena Dia Allah adalah Tuhnan Maha Suci yang sangat menyukai kesucian. Maka hendaknya kita senantiasa dalam kondisi suci baik suci bathin maupun dhahir.

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar. Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.
Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Tuesday 27 March 2012

Rahmat Ujian-Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

 Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Kau Terhebat (RasulullahS.A.W)

Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata

Segenap ruang di angkasa
Kau bintang menyinar
Dalam berjuta yang terlihat
Dikau terhebat

Lembut wajahmu penuh damai
Keikhlasanmu yang terpancar
Tampak gayamu sederhana
Peribadi mempesona

Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu dilautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar

Aku rasa malu padamu
Terus aku menyanjungimu

Dalam dirimu hanya satu
Dia segalanya
Tautan rindu ku padamu
Dikau terhebat
Dikau terhebat
Dikau terhebat

Monday 26 March 2012

Persahabatan itu Indah

Persahabatan itu umpama sebuah taman yang indah,
yang dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis bunga
yang mempunyai bermacam-macam bau dan warnanya.
 Namun jika ianya tidak dijagai dan dibajai,
maka lambat laun ia akan layu dan mati juga...

Dan memelihara persahabatan itu umpama engkau menggengam seekor burung merpati.
Jika engkau memegangnya terlalu kemas ia akan mati kelemasan,
jika engkau menggenggamnya terlalu longgar ia akan terlepas dan terbang pergi.
Jika engkau menyangkarnya pula ,
ia akan menderita namun jika engkau melepaskannya terbang bebas,
ia akan menjadi liar denganmu.
Namun , walau ianya menyusahkan dan memenatkan.
Percayalah dengan sepenuh hatimu. Yang persahabatan itu sangat indah.
Dan masih terlalu banyak yang manis didalamnya.

Seperti yang Dulu - Ungu


Sunday 25 March 2012

Hadirku Tak Kau Hargai

      Mengapa ketika kita menganggapnya sebagai sahabat, dia mula menjauhkan diri daripada kita.  Sebisa mungkin aku cuba memahaminya.  Aku menerima dirinya apa adanya.  Menerima kelebihannya dan menerima kelemahan dirinya.  Aku juga tak pernah memandang kekurangan dirinya sebagai halangan dalam persahabatan suci ini.

      Mengapa dia boleh melayanku sebegini.  Apa salahku? Apa kekurangan diriku jika dibandingkan teman-temannya yang lain.  Mungkinkah ia dugaan Allah?  Aku telah banyak berubah untuk dirinya.  Aku sentiasa ada saat dia perlukan aku.  Jarang sekali aku menghampakan dirinya.

      Mungkin perpisahan ini jalan penyelesaiannya.  Dia gembira tanpa kehadiranku.  Dia bahagia sekali rasanya.  Sejak dulu lagi, aku sudah tahu kalau dia tak suka aku komen kat wall fb dia.  Tapi salahkah aku.  Sebelum komen aku dah meminta izinnya.  Tak nak aku komen tanpa izinnya.  

      Dulu dia pernah cakap kat aku yg dia xnak aktif lagi kat fb ini.  Sekarang dia wat hal lagi.  Sekarang ni baru aku faham, hadirnya aku di sisinya langsung dia tak hargai.  Siapa aku di hatinya????  Sedih sangat rasanya.  Tidakkah dia tidak mempunyai perasaan jika aku meninggalkan dia????? Tapi aku tahu yang dia tak pernah kisah jika aku ada atau tidak.  Aku bukan siapa-siapa di hatinya.  Hadirku ibarat embun di pagi hari yang akan hilang pabila mentari bersinar.

    Ya Allah, kau cekalkan hatiku ini.  Semoga aku kuat tanpa dia.  Semoga aku bisa hidup dalam kesunyian tanpa dia.  Dia betul-betul tak tahu yang dia begitu bermakna dalam hidupku.  Orang yang aku perlu sebagai kawan di sini.

     Aku tak mungkin berpaling lagi.  Aku akan sedaya upaya untuk menahan kerinduan terhadapnya.  Aku cuma mampu berdoa kepadaMu Ya Allah.  Pastinya selepas solat, aku akan mendoakan dirinya agar sentiasa mendapat hidayah daripada Mu.  Semoga dia sentiasa dipelihara selamanya olehMu ya Allah.  Semoga kasih sayangku ini terus ada untuknya walaupun dia tidak pernah sayang pada diriku.

    

Sebiru Hari Ini

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri 
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena 
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Bila Hati Bicara


mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara

* terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara

tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Tuhan Beri Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahandiri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Saturday 24 March 2012

Catatan Hari Sabtu 24/3/2012

         Hari ni bukan suatu hari yang indah untukku.  Walaupun kita dilarang untuk merungut tapi itulah hakikatnya.  Suatu hari yang meletihkan.  Keletihan pada mindaku.  Sejak malam tadi emosi aku tidak begitu ok.  Entah apalah yang melanda diriku.  Ermmm sampaikan aku berselisih pendapat lagi ngan my BFF, Megat.  Kesian dia.

       Hari ini, selepas melihat kalendar, aku teringat akan kata-kata Megat.  U ni datang bulan ke??? Ermm betullah cakap Megat.  Dah nak datang bulan rupanya.  Patutlah emo aku memuncak je.  Aku sendiri lupa ngan tarikh period aku sendiri. Huhuhuhu........

         Hari ini hatiku tak begitu tenag.  Satu hari ni aku asyik teringatkan Megat.  Risau semacam melanda jiwaku.  Aku betul2 risau kalau2 ada sesuatu yang melanda dirinya.  Namun, mesej yg aku terima daripadanya membuatkan aku tenang kembali.  Ok lagi rupanya Megat si tukang sakat ni.  Terima kasih Ya Allah kerana memelihara temanku yang sorang ni.

          Petang tadi, aku ke bandar untuk membayar bil telefon kat Celcom.  Bengang betul ngan sebuah kereta kancil.  Dah lah bawa slow, duk lak belah kiri.  Tensionnya aku.  Aku ni bukan kaki bawa kereta slow2.  Jalan lak sibuk semacam je.  Kereta kancil tu kalau aku boleh angkat, memang aku angkat n campak je kat sebelah.  Ishhhhhhh..... Hehehehe..... inilah emosi aku setiap kali nak datang bulan.  Tak leh control langsung.

          Sekarang ni, perasaanku dah cool sikit tapi ntahlah lau ada orang tiba2 nak sakitkan hatiku lagi.  Jangan meletup dahlah malam ni. 

Friday 23 March 2012

Jadilah Cermin Yang Telus Kepadaku.

   Dengan kita, dia panggil syg, ayg, intan, dear n ntah apa2 lagi.  Bila kita panggil cam tu dia marah.  Kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling rapat dengan dia.  Terkadang kita  lupakan segalanya supaya dia rasa dia tak sunyi tanpa kehadiran kita.  Terkadang kita tak tidur untuk jaga hatinya.  Terkadang kita lupakan rutin harian kita semata-mata tak nak dia rasa diabaikan.  Semua kita buat adalah kerana kita betul-betul ikhlas menyayanginya sebagai salah seorang yang ada dalam hati kita.

   Pernahkah kita fikir apa perasaan dia pada kita.  Apakah dia pun memerlukan kita.  Mungkin dia inginkan kita di sampingnya; mungkin dia rasa bosan ngan kita tapi dia tak sanggup nak luahkan semata-mata nak jaga hati kita; mungkin dia tipu kita ngan cakap dia chat ngan kita sorang je padahal dalam masa yang sama dia chat ngan ramai orang.  mungkin dia rimas ngan kita.

   Terkadang kita tak boleh berfikiran negatif terhadapnya.  Tapi perlukah kita sentiasa berfikiran positif.  Mengapa kita tak dibenarkan berfikiran begitu.  Dalam apa jua situasi, kejujuran amat penting.  Bercakap benarlah sekalipun kebenaran itu bisa menyakitkan hati orang-orang yang kita sayang.  Mengapa perlu berdalih jika  boleh berterus terang.

    Jadilah cermin yang telus kepada orang-orang yang kita sayangi.  Luahkan segala apa yang kita fikirkan.  Berterus teranglah kerana itu hakikatnya.  Biarlah dia terluka hari ini daripada dia terus dibiarkan dalam pendustaan.  Sukar untuk menjadi cermin yang telus.  Cermin yang bisa membaiki seseorang dalam apa jua situasi.

     Seterusnya, jagalah hatinya jika mahu dia jaga hati kita.  Manusia ini sangat unik sifatnya.  Jangan samakan diri kita dengan orang lain.  Apa yang kita suka belum tentu digemari orang lain.  Jangan bandingkan dia dengan kawan-kawan kita yang lain.  Carilah kelebihan dalam dirinya melebihi kelemahannya.  Kalau kita mampu menerima kebaikan dirinya, mengapa pula kita tidak sanggup menerima keburukan dirinya.

    Jika ditanya pada diriku, aku lebih gemar kepada seseorang yang berterus terang.  Jelaskan kepadaku apa kekurangan diriku ini daripada anda terus mengutuk aku terus-terusan.  Jika anda tidak perlu kehadiranku di sisi anda, nyatakan.  Pasti aku akan cuba menghindari anda.  Jika perlu aku pergi dari diri anda, akan kucuba lakukan untuk kebaikan anda. 

     Lepaskan aku jika aku dah tidak diperlukan lagi.  Biarkan aku meneruskan hidup ini tanpa anda.  Andai aku diperlukan lagi, panggilah aku kerana aku akan datang.  Jadi, jangan persoalkan siapa di hatiku kerana kalianlah teman-teman yang namanya terukir di bintang hatiku dan sayangku takkan mungkin hilang.

    

Tiga Pertanyaan Tentang Hakikat Hidup

  • Apakah anda berkira-kira bahawa anda akan mendapatkan ketenangan dan ketenteraman sedangkan anda belum redha dengan Tuhan, dengan hukum-hukum, perbuatan-perbuatan,qadha' dan qadarNya; dan belum redha dengan rezeki dan kurnia yang Allah berikan kepada anda.
  • Apakah anda telah mensyukuri semua nikmat, kurnia dan pelbagai kebaikan yang diberikan sehingga kini anda menuntut dan meminta yang lain?  Orang yang tidak mampu mensyukuri yang sedikit saja, maka dia akan lebih tidak mampu untuk mensyukuri yang lebih banyak.
  • Mengapa kita tidak mengambil faedah yang Allah kurniakan kepada kita agar kita dapat mengembangkannya, mengaktifkannya, membersihkannya daripada semua kekejian dan kotoran dan anugerah serta pengaruh yang berbekas kepada kita?             Sifat-sifat terpuji dan kurniaan yang agung sebenarnya ada dalam aqal dan jasad kita. 

Virs.....Kaulah Bintang Hatiku (part 4)

             Sejak kejadian tempoh hari, aku dengan Virs semakin jauh.  Aku yang sebenarnya menjauhkan diri daripadanya.  Tak sanggup aku menghadapinya lagi.  Suka marah-marah tanpa usul periksa dan senang pula nak minta maaf.  Bukan sekali tetapi berulang kali aku diperlakukan sedemikian.  Entah kenapa. asyik aku je yang dijadikan sasaran pabila dia bersua ngan sebarang masalah.  Penat jadinya.

            Aku bersendirian di tepi padang, tempat biasa kuhabiskan waktu bersama-sama Virs.  Bercerita dan berbincang sambil menyaksikan siswa-siswa yang asyik berlatih ragbi.  Bersendirian sambil melihat tajuk assigment yang baru saja kuterima pagi tadi.  Berfikir tentang apa yang diingini oleh pensyarah.  Pastinya assigment bukan suatu hal yang payah dan bukan juga mudah sebenarnya.  Dalam masa yang sama juga aku melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang assigment.

         "Nita,"sapa seseorang dari belakang.  Terkejut aku dibuatnya.  Buku di tanganku terjatuh.  Aku berpaling.  Haris tersenyum melihat gelagatku.  Aku turut membalas senyuman Haris.  " Maaflah, Haris buat Nita terkejut," ujar Haris.  Haris merupakan pemain ragbi di universiti ini.  "  Tak mengapa Haris.  Nita ok je," balasku.  "Nita, buat apa tu.  Asyik benar sampai lupa dunia sekeliling?" tanya Haris.  "Ni, Nita cari maklumat tentang assigment ni.  Baru dapat pagi tadi daripada Encik Zaidi." jelasku kepada Haris.

           "Jom Nita, ikut Haris pergi minum.  Dahagalah," ajak Haris. "Tak naklah, Haris busuk," sindirku kat Haris.  Haris tergelak mendengar kata-kataku.  "Yelah, orang tak sudi nak minum ngan kita,"  Haris mula mengomel.  Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat Haris.  Haris sememangnya rapat dengan aku dan Virs.  "Ok, tapi Haris kena tolong Nita," kataku kepada Haris.  "Untuk tuan puteri, apa-apa pun boleh.  Hamba pasti menjunjung duli," balas Haris.

           "Teman Nita pergi kedai buku jap lagi ye," pintaku kepada Haris.  Haris menggangguk tanda setuju.  Kami berjalan menuju ke arah cafe yang berdekatan.  Haris terus memesan minuman untuk kami berdua sementara aku mencari meja untuk kami berdua.  Haris datang sambil membawa teh o ais limau.  Sambil minum, kami memerhatikan beberapa orang siswa dan siswi yang rancak berbual.

           "Nita, nak pergi sekarang or nak wait Haris mandi dulu,"  tanyanya kepadaku.  "Terpulang kepada Harislah.  Nita ok je.  "Kalau cam tu, Haris balik bilik dan mandi dulu. Haris hantar Nita balik hostel dulu ye.  Bila siap mandi, Haris jemput Nita.  Aku menggangguk setuju.

             Aku mencapai dompetku setelah menerima panggilan daripada Haris.  Apabila sampai di keretanya, aku dapati seseorang bersama-sama dengannya.  Ermmm Virs rupanya.  Kenapa Virs ikut serta.  Aku mula tawar hati untuk pergi tapiiiiiii aku kan dah janji dengan Haris.  Takkan aku nak batalkan ini sedangkan akulah yang meminta tolong daripada Haris.  Lantaklah.

               Setelah membeli segala keperluan yang kuingini, kami bertiga menuju ke arah sebuah kedai makan.  "Haris, nampaknya ada orang tak suka aku ada kat sini," Virs memecah kesunyian.  "Hahahaha, perasaan kau je tu Virs.  Nita tak ada cakap apa-apa pun.  Betul kan Nita."  balas Haris.
"Entahlah Haris.  Dia je yang perasan kot.  Ada ke Nita cakap Nita tak suka. Tak ada kan," jelasku.  "Kalau suka, takkanlah dari tadi asyik muncung je mulut tu.  Nanti dipatuk ayam baru dia tahu," ujar Virs lagi.  Aku dan Haris sama-sama tergelak.  Virs memang pandai bergurau.  Takkan aku nak marah lagi kat dia lagi.  Apa yang berlaku sebelum ini sebenarnya belum selesai pun lagi.  Cuma aku kesiankan Haris kalau kami berdua bertengkar.

Thursday 22 March 2012

Mimpi Yang Indah - Untuk Sahabat-sahabatku



Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Wednesday 21 March 2012

Virs.... Kaulah bintang hatiku (part 3)

               Aku betul-betul tak faham mengapa Virs marah sangat kat aku pagi tadi.  Apa anginnya, aku tak tau.  Tetiba je dia serang aku.  Ermmm cam bom atom yang gugur ke bumi.  Aku yang ketika itu sedang leka melayari internet terpinga-pinga.  Apa lak salahku pada Virs ni.  Marah betul Virs kat aku kali ini.Beberapa orang yang lalu lalang kat kawasan padang ini memandang ke arah kami.  Malu besar aku.  Ada yang tersenyum sinis. Ada yang terbeliak mata.  Ada yang berhenti untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.  Virs masih dengan serangannya.  Aku hanya mendengar sahaja.  Ini tak boleh jadi ni.  Aku segera off laptop aku.  Aku masukkan laptop ke dalam beg.  Tanpa memandang ke arah wajah Virs, aku terus berlalu dari situ.


           Bukan tidak mahu bertanya tapi aku kenal sangat ngan Virs.  Time dia marah, penjelasan tak diperlukan.  So. sia-sia aje lau aku terus menunggu.  Virs yang tidak suka dengan tindakan aku terus mengekoriku dari belakang.  Lantaklah dia nak ikut aku pun.  Aku terus berjalan. "Nita, awak nak pergi ke mana.  Saya belum habis cakap lagi ni", jerit Virs yang terus mengekoriku.  Aku tidak memberikan sebarang respons.  Tidak berpuas hati ngan tindakanku, Virs meminta aku berhenti.  Aku mengalah.  Kini, Virs betul-betul berada di hadapanku.  Aku merenung tajam ke arah mataku.  Dia ingat dia sorang je yang boleh marah aku.  Aku bertanya padanya, apa yang dia nak daripadaku.  Mengapa sanggup dia memarahiku.  Aku terus merenung ke arah matanya.  Hatiku cukup benci melihat wajahnya.


             Virs bertanya kenapa aku tidak benarkan Dania berkawan dengannya.  Mengapa aku memberi amaran keras kat Dania sehingga Dania menjauhkan diri daripadanya.  Ermmm masalah perempuan rupanya.  Apa yang berlaku aku sendiri pun tak jelas sebenarnya.  "Virs, apa maksud awak ni?  Sejak bila lak saya berkawan dengan Dania ni.  Suka hati je tuduh saya cam tu,"  aku bercakap ngan nada yang agak tinggi. Dania, wanita yang disukai Virs.  Virs sangat kagum ngan Dania.  Dania memang cantik.  Pelajar jurusan kejuruteraan.  Sama dengan Virs.  Dania lebih awal mengenali Virs daripada aku.  Aku hadir antara mereka berdua.  Mereka itu senior aku kat universiti ini.  Kehadiranku dalam hidup Virs sedikit sebanyak telah membuatkan mereka semakin jauh.  Mana tidaknya, Virs banyak menghabiskan masa denganku.
               
                  "Awak nak cari pasal ngan saya ye.  Bukannya nak cakap elok-elok ngan saya.  Asyik nak marah-marah je.  Suka hati awaklah. Saya malas nak layan awak.  Baik awak pergi sekarang.  Saya betul-betul benci ngan sikap awak tau," ujarku ngan agak keras.  "Awak tunggu apa lagi or tak faham ngan apa yang saya cakap ni," ujarku lagi.  "Saya yang patut marahkan awak, Nita.  Kalau tak pasal awak, takkanlah Dania tak layan saya lagi.  Awak ni kan memang tak suka tengok saya ngan Dania kan.  Awak nak saya layan awak sorang je kan.  Tamak tol lah awak ni Nita,"  ujar Virs.  Susah tol lah ngan Virs ni.  Aku tak larat nak melayan kerenah dia.

                 Handphoneku tiba-tiba berdering.  Alunan lagu Amazing kedengaran.  Siapa lak yang menelefon aku time cam ni.  Kulihat nama Kak Ina terpampang kat skrin handphone aku.  Kak Ina meminta aku menemaninya ke Kuantan Parade malam ini.  Ingin beli sesuatu katanya.  Aku terus bersetuju dengan ajakan Kak Ina itu.  "Virs, saya nak pergi dulu.  Ada hal," ujarku lalu meninggalkannya sorang diri kat situ.

                        "Nita, jom kita pekena mi goreng kat Aida Food Court," bicara Kak Ina selepas kami keluar dari Kuantan Parade.  Tanpa meminta persetujuan aku, Kak Ina terus menuju ke arah Aida Food Court.  Aku mengikuti Kak Ina.  Tak berapa ramai orang malam ni kat situ.  Jadi, sekejap je makanan kami siap.  "Kak Ina tengok Nita tak ceria je ni.  Nita ada masalah ke.  Nak cerita kat Kak Ina tak?" tanya Kak Ina.  "Ermm, tak ada apalah Kak Ina.  Nita ok je.  Aku berbohong pada Kak Ina.  Tak mahu Kak Ina tahu pasal pergaduhan antara aku dan Virs.

                     "Di bilik, aku mendengar lagu-lagu kegemaranku.  Hatiku sedikit tenang time ni.  Malas aku nak fikir tentang mereka berdua.  Ada isyarat mesej masuk.  Ermmm Virs yang hantar rupanya.  Dia nak jumpa aku esok.  Aku tidak membalas mesej tersebut.  Aku tertidur akhirnya.  

                      Pagi ini aku hanya mengenakan jeans dan tshirt purple.  Aku mencapai beg dan terus keluar dari bilik.  Sebelum keluar, aku sempat memberitahu Kak Ina yang hari ini aku punya kuliah sampai petang.  Kak Ina memintaku berhati-hati.  Aku menggangguk.  Aku terus menuju ke cafe untuk sarapan.  Kebiasaan aku cam ni lah setiap hari.  Sarapan tak pernah aku tinggalkan.  "Boleh saya duduk sebelah awak."  Suara itu amat kukenali sangat.  Virs.  Dia terus melabuhkan punggungnya sebelum aku memberikan jawapan.  "Awak janganlah kat sini.  Nanti Dania tengok, susah awak tau." ujarku kepada Virs.

                     "Maafkan saya ye Nita sebab marahkan awak semalam.  Betul cakap awak.  Saya patut cakap elok-elok ngan awak semalam.  Kesal tol hati saya coz menuduh awak tanpa unsur periksa," ujar Virs lagi.  Aku terus mendiamkan diriku.  Malas rasanya nak bercakap apa-apa ngan Virs lagi.  Selesai minum, aku terus meminta izin Virs untuk pergi kuliah.  Virs menawarkan diri untuk menghantar aku ke kuliah tapi aku menolaknya.  Tatkala itu Dania muncul di hadapanku.  Tanpa menghiraukan kehadirannya, aku terus melangkah pergi dari situ.  Meninggalkan Virs dan Dania.  Virs pula terus mengejar aku dari belakang.  Aku tak tau lah apa yang perlu aku lakukan lagi.  Hatiku benar-benar terluka ngan sikap Virs kali ini.

Tuesday 20 March 2012

Kebahagiaan

 Kebahagiaan
Telah menghapus luka lama
Sehingga orang yang bersedih pun
Pada saatnya pasti akan tersenyum

Kebahagiaan
Bukan datang sekelip mata
Hadirnya selepas ujian demi ujian
Hadirnya penutup kedukaan

Kebahagian
Hanya untuk manusia yang sabar
Manusia yang tak kenal erti jerih
Manusia yang tak kenal erti putus asa

Kebahagiaan
Biarlah ianya berkekalan
Jangan ada noda 
Jangan biarkan ia berlalu pergi
 
          

Monday 19 March 2012

Virs....... Kaulah Bintang Hatiku (Part 2)

                 Kehilangan Virs merupakan sesuatu yang sukar sepanjang hidupku.  Awal pemergiannya, aku hanya membisu sahaja.  Banyak masa kuhabiskan ngan menyendiri.  Terasa sangat kehilangannya.  Aku seperti anak ayam kehilangan ibu.  Mana tidaknya, insan yang menjadi tempat aku bergantung telah tiada.  Pemergiannya terlalu pantas.  Dia pergi saat aku belum lagi merelakannya.

                Hidupku kosong buat sekian kalinya.  Setiap hari aku menantinya.  Menantinya untuk menyapa aku.  Aku melewati tempat-tempat yang sering kami kunjungi.  Padang ragbi antara tempat yang aku gunakan untuk menyendiri.  Mengingati kembali saat-saat indah aku bersama-samanya.  Tempat yang banyak kami gunakan untuk bertukar-tukar idea, pendapat, cerita dan masalah yang timbul dalam kehidupan ini.

              Suatu ketika, aku tidak langsung ke kuliah.  Hari itu aku bersiap-siap seperti biasa.  Kawan bilikku mengajak aku untuk ke kuliah bersama-samanya.  Aku menolak pelawaannya.  Aku ingin menunggu Virs menjemputku.  Setelah mengambil segala modul dan nota, aku turun ke cafe.  Aku harap aku tidak lambat lagi.  Virs sering kali menyindir.  Aku ni digelar siput.  Sentiasa lambat.  

              Hatiku resah.  Perasaan gembira kini bertukar menjadi api kemarahan.   "Ala mana perginya Virs.  Dah 15 minit aku menunggunya tapi batang hidungnya masih belum kelihatan.  Ibarat menunggu buah kelapa gugur je ni." hatiku menggomel.  Kesabaranku masih lagi belum teruji.  Aku tetap menanti kehadiran Virs.

               "Nita tunggu siapa tu", tegur Aina yang berjalan beriringan Haslina.  Aku hanya mampu tersenyum kepada Aina.  Tak mampu untuk kujawab soalan itu tatkala hatiku kian memuncak marah.  Aina dan Harlina berlalu menunju ke arah motosikal.  Tapi aku. Aku masih tercegat kat sini seorang diri.  Hari ini Virs betul-betul menguji kesabaranku.  Apa lagi yang ingin dia lakukan.  

                  Setengah jam telah berlalu.  Aku terasa ingin menangis.  Aku mengambil handphone dan terus menekan nombor Virs.  Panggilanku hanya dijawab oleh mesin suara.  Alahai di off lak handphonenya.  Kenapalah ngan Virs ni.  Tak pernah dia off handphonenya.  "Nita, kalau awak rindu kat saya or awak bosan, call lah saya ye.  Saya sentiasa menanti panggilan dan mesej-mesej awak.  Saya tak pernah off handphone saya.  Saya tak nak biarkan panggilan dan mesej-mesej awak sampai kat saya terlewat", terang Virs saat kami baru berkenalan.  Tapi mengapa kini, dia off kan handphonenya.  Eeeeeeee, kalaulah Virs berada di hadapanku sekarang ni pasti teruk dia aku kerjakan.

                Ramai teman sekuliahku menegur aku tatkala mereka berlalu di hadapanku.  Aku dah tak mampu membendung perasaanku.  Tiada senyuman kini terukir di bibirku.  Mukaku masam mencuka kini.  Virs pernah memberitahu bahawa senyumanku sangat manis.  Dia cakap senyumanku itulah yang mencairkan hatinya.  Hatinya aman dan damai jika melihat senyuman menguntum di bibirku.  Ya Allah, sanggupnya Virs melakukan aku seperti ini.  Tak mungkin dia lupa bahawa hari ini ada kuliah.  10 minit lagi, kuliah akan bermula.  Namun, aku masih di sini.  Menanti dan terus menanti.

               "Assalamualaikum Haris", aku memulakan panggilan.  Haris kawan sebilik Virs.  Harislah tempat aku mengadu jika Virs buat hal denganku.  Menjadi orang tengah antara kami berdua jika pergaduhan terjadi.  "Waalaikumusalam Nita.  Ada apa-apa yang Haris boleh tolong", ujar Haris lembut.  " Haris, Virs kat mana.  Dah hampir 30 minit Nita wait dia ni.  Dia dah bertolak ke belum ni Haris", soalku kepada Haris.  "Ya Allah", kedengaran suara Haris." Kenapa Haris.  Kereta Virs rosak ke?" tanyaku lagi.

               "Nita, Virs kan dah sebulan meninggalkan kita.  Awak lupa ke Nita?" tanya Haris lembut kepadaku.  Aku terdiam seketika. "Nita. Nita ok tak ni.  Haris tahu Nita masih belum dapat terima hakikat Virs dah tiada lagi", Haris meneruskan kata-katanya.  Aku kehilangan kata-kata.  Apa dah jadi pada diriku.  Aku betul-betul terlupa yang Virs kini telah bersemadi di alam barzah.  Air mataku gugur tiba-tiba.  Sebak sangat hati ini.  

                Berdosanya aku.  Jahatnya aku ini.  Tak pasal-pasal aku mengata yang bukan-bukan terhadap Virs.  Badanku lemah kini.  Air mata jernihku deras mengalir dan membasahi pipiku.  "Virs, maafkan Nita.  Saya dah buruk sangka.  Maafkan saya ye awak", hatiku berbicara seolah-olah Virs berada di hadapanku.

                      Aku memusingkan badanku dan kembali ke bilikku.  Hari itu aku terus menyendiri.  Memeluk gambar-gambar Virs sambil berdoa kepada Allah agar mencucuri rohnya.

Sunday 18 March 2012

Virs,,,,,,,Kaulah bintang hatiku

     "Awak merajuk ngan saya lagi?" bicaranya lembut.  "Ermmm, awak yang selalu buat saya merajuk.  Kenapa suka paksa saya cakap sesuatu yang saya sendiri tak tau macam mana caranya untuk saya jelaskan", aku menjawab pertanyaannya.

      "Saya memang begini, saya suka bercakap berasaskan fakta.  Saya tak faham ngan bahasa awak tu", jelas Virs.  "Kenapa ni awak.  Awak cam tak kenal siapa saya," aku mencelah.  "Yelah, tapi kiasan awak tu saya tak faham. Perlukah awak asyik nak berteka-teki ngan saya,"  Virs teruskan kata-katanya.

       Aku dan Virs sememangnya dua insan yang berbeza. Pendidikan yang kami terima membuatkan kami terkadang begitu asing.  Asing dari segi gaya penyampaian dan cara berfikir.  Entahlah, aku sendiri hairan bagaimana kami boleh jadi rapat sebegini.  Jurang pendapat antara kami jauh sangat bagai langit ngan bumi.  Inilah kekuasaan Allah.

       Aku budak sastera yang berfikir dan sentiasa bermain ngan unsur-unsur bahasa yang begitu indah sifatnya sedangkan Virs budak sains yang suka kepada penjelasan yang ringkas dan padat.  Sering kali aku berfikir kenapa kami ditemukan.  Apa yang pasti, kehadirannya dalam hidupku memberi sinar pelangi yang tiada tolok banding keindahannya.

       Satu sifatnya yang nyata ialah dia selalu inginkan jawapan bagi setiap persoalan.  Persoalan yang jarang-jarang dapat kutepis dan akhirnya aku yang tewas dalam perdebatan tentang banyak hal.  Dia pandai memujuk,  Dia tahu cara untuk membuat aku ketawa.   Pernah suatu ketika kami hanya membisu walaupun sudah setengah jam bersua.

       "Kawan-kawan, tengok budak sastera tu.  Nape dia muncung je dari tadi ye.  Dia marahkan sape tu kawan-kawan.  Boleh tak kawan-kawan pujuk dia.  Cian kat i.  Rindu nak dengar dia membebel", bicara Virs sorang diri.  Seolah-olah ramai kawan kami yang bersama-sama kami saat itu.  Padahal kat situ hanya kami berdua saja.  Duduk di tepi padang sambil melihat siswa-siswa lain rancak bermain ragbi.  

        Aku masih lagi membisu.  Kata-katanya itu sedikit sebanyak melembutkan hatiku.  Kejamnya aku.  Membiarkan Virs bercakap cam orang bodoh lagaknya.  Keegoan hati membuat aku terus membisu.  Kulihat Virs memedam rasa dek sikapku yang keanak-anakan ini.  

       "  Kawan-kawan, mengapa dia tak tegur kita lagi ni.  Kawan-kawan tak pujuk dia ke.  Atau dia tak dengar cakap kawan-kawan.   Lau kawan-kawan tak boleh pujuk, tak mengapalah.  Kawan-kawan boleh pergi sekarang ni.  Biarlah i je yang pujuk dia", Virs terus bercakap sorang diri.

        "Awak betul-betul tak nak kawan saya lagi ke ni.  Apa salah saya.  Awak cakaplah. Kesian kat saya", Virs mula meraih simpati aku.  Aku mengalah kali ini.  Aku berpaling ke arahnya lalu tersenyum dan terus tertawa.

       "Mengapa awak ketawa.  Ketawakan saya ye.  Saya cam orang bodoh  kan cakap sorang-sorang", dia bersuara.  Dia turut melemparkan senyuman ke arahku.  Manis wajahnya tatkala tersenyum.  Sejuk hatiku memandang wajahnya yang penuh keikhlasan.

        " Awak jangan marah saya lagi tau.  Saya tau saya banyak sakitkan hati awak.  Saya cuma nak gurau je tapi tak sangka awak terasa ngan saya".  Aku  terharu mendengar kata-katanya.  Sorang kawan yang tak pernah aku temui sebelum ini.  Sabar melayan kerenahku.

       "Awak, jom kita pergi ke cafe.  Saya belanja awak minum ye.  Aku bingkas bangun.  Virs turut bangun dan kami jalan beriringan menuju ke arah cafe.  "Terima kasih ye kerana sudi menjadi kawan saya.  Hidup saya ceria dengan kehadiran awak. Awak segala-galanya bagi saya.  Saya tak tau apa yang akan terjadi jika awak tinggalkan saya", Virs terus berkata-kata.

      Aku terlalu menyayangi Virs.  Kasih sayang yang tak berbelah bagi terhadapanya.  Aku sepi tanpanya.  Dialah kawan baik terbaik dan dialah musuh aku juga.  Dia ni memang terkenal ngan sikap suka menyakat.  Comel sangat aku lihat dirinya lau dia menggunakan loghat Kelantannya tika berbual-bual ngan member sedaerahnya.  Apa yang dia cakap aku sememangnya tidak faham

      Hari itu, sebelum berpisah, dia memohon maaf daripadaku berkali-kali.  "Saya terlalu menyayangi awak, Nita.  Saya tak sanggup kehilangan awak.  Saya tak sanggup nak berpisah ngan awak hari ini.  Bertuah betul kalau awak menjadi isteri saya saat ini.  Pasti sayalah orang yang paling bahagia kat dunia ini.  Aku menitiskan air mata mendengar kata-katanya.  Entah kenapa hatiku berdebar-debar saat itu.  Lain benar perasaanku kali ini.  Begitu manja Virs hari ini.

      Sebelum berpisah, Virs sempat berpesan kepadaku. "Nita, jaga diri elok-elok tau.  Jangan lupa kat saya. Doakan saya ye.  Ingat, saya sayang awak sangat-sangat Nita.  Aku pun sayang dia.  Kami berpisah.  Aku terus menuju ke hostelku.

       Malam itu, aku dikejutkan ngan panggilan telefon daripada Haris.  "Nita. Virs", suara Haris terputus-putus.  "Kenapa ngan Virs, Haris", soalku kepada Haris.  "Virs dah tak ada Nita.  Virs dah tiada Nita".  Ya Allah, benarkah ujianMu padaku.  Tanpa berlengah lagi, aku terus menuju ke hospital.  Perjalanan agak lambat terasa.  Aku sampai tatkala kawan-kawannya berlegar-legar di wad kecemasan.  Aku diberitahu yang Virs  mengadu sesak nafas sebelum tidur.  Virs disahkan meninggal dunia tepat jam 10.33 malam akibat asma.

        Kini setahun telah berlalu.  Hatiku masih lagi merinduinya.  Aku terasa dia masih bersama-samaku lagi.  Setiap detik kurasai kehadirannya,  Aku pasti dia damai di sana.  Ya Allah, saat ini aku betul-betul merindui Virs.  Tatkala teringatkan dia, aku pasti menitiskan air mata.  Banyak kenangan aku bersama-samanya.  Virs telah pergi tapi hatinya terus melekat di hatiku.  Virs, sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangimu.

Aduhai Malam

Kurenung ke langit malam yang hiba
Bintang-bintang menari riang
Menyapa angin malam yang mendamaikan
Apakah malam selalu sepi
Sedangkan bintang dan bulan setia menemani

Aduhai malam, bukalah ruang hatimu
Menginjaklah perasaan itu
Hiasilah alam ini dgn senyuman mesra
Agar insan-insan sentiasa ceria


Angin malam, sapalah hatinya
Sampaikan rinduku padanya
Jangan kau biarkan kusepi sendirian
Tanpa hilai tawanya
Sesungguhnya dialah penawar malamku

Aduhai bintang yang berkedipan
Kelilingilah malamnya
Semoga dia tak pernah terluka
Dek kekhilafanku ini
 



Bersahajalah..................

                Kebahagian itu ada dalam sikap bersahaja, bukan dalam sikap melampaui batas dan bukan pula dalam sikap malas.  Ia juga tidak dalam sikap terlalu berlebihan dan sikap terlalu melalaikan.  Sikap bersahaja adalah manhaj rabbani yang terpuji yang akan mencegah hamba agar tidak terjebak ke dalam dua sisi yang sangat ekstrim.  

                  Sikap bersahaja akan membuat anda bahagia.  Bersahaja dalam ibadah bererti jangan terlalu berlebihan kerana sikap seperti itu hanya akan merosakkan fizikal, memadamkan kobaran semangat dan ketahanan dalam bekerja.  Jangan pula bersikap malas kerana kemudian nanti anda akan cenderung menjauhi hal-hal bersifat nafilah, mengabaikan yang fardhu dan hanya bergantung pada harapan-harapan kosong.  Bersahaja dalam berinfaq bererti jangan menghambur-hamburkan harta sehingga anda menjadi orang yang merana.

                  Namun, jangan pula terlalu banyak perhitungan dan kikir terhadap apa yang anda miliki sehingga anda menjadi tercela dan dijauhkan dari rahmat Allah.  Bersahaja dalam berakhlaq bererti bersikap antara ketegasan yang melampau batas dan kelembikan yang tidak berdaya, antara kemuraman hati yang terlalu dan tertawa yang terbahak-bahak, antara mengasingkan diri hingga tidak kenal masyarakat setempat dan bergaul dengan masyarakat hingga lupa segalanya.

                     Bersahaja dalam menyikapi masalah, dalam menilai sesuatu dan dalam pergaulan dengan orang lain.  Tidak perlu berlebihan sehingga meringankan pertimbangan nilai; tidak mengabaikan hingga pokok kebaikan tidak tersentuh.  Berlebihan adalah pemborosan dan berfoya-foya, sedangkan mengabaikan adalah kering.

                      Sebenarnya kebaikan itu terletak antara dua keburukan; antara sikap berlebihan dan sikap mengabaikan.  Kebaikan itu berada antara dua kejahatan; antara berlebihan dan yang tidak sama.  Kebenaran juga terletak antara dua kebatilan; antara kebatilan kerana berlebihan dan kebatilan kerana kekurangan.  Kebahagian itu terletak antara dua kesengsaraan; antara kesengsaraan sebagai akibat bertindak tanpa perhitungan dan kesengsaraan sebagai akibat terlalu takut berbuat sesuatu.

Saturday 17 March 2012

Jangan Bersedih......Bacalah Buku

             Membaca buku akan membuka wawasan kalbu, menerbitkan pelbagai pelajaran dan nasihat.  Membaca bisa memberikan berbagai-bagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat, dan akan menghilangkan yang syubhat.  Membaca merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam, kesenangan bagi orang yang merenung, dan pelita bagi yang tidak tidur malam

              Setiap kali pengetahuan yang telah dibaca diulang kaji, dikuasai dan disaingi, maka akan semakin membuahkan hasilnya bagi yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya setiap saat dengan izin Tuhannya manakala diperlukan, kerana pengetahuan telah dikuasai dan telah menetap di tempat kediamannya.

                Sebaliknya keenganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kitab-kitab serta tidak mahu menelaah sendiri, sama dengan mengekang kelancaran lisan, membatasi pembentukan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, akal pun menjadi tegang, watak menjadi mati, dan modal pengetahuan menjadi layu serta fikiran menjadi gersang.  Mengapakah demikian????  Ini kerana buku selalu mengandungi faedah, perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang dijumpai.

                  Demikianlah faedah membaca yang sememangnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya.  Oleh itu, kita berlindung kepada Allah daripada pupusnya cita-cita, lemahnya tekad dalam jiwa dan bekunya semangat jiwa kerana sesungguhnya hal ini merupakan musibah yang paling besar.