Pages


Monday, 19 March 2012

Virs....... Kaulah Bintang Hatiku (Part 2)

                 Kehilangan Virs merupakan sesuatu yang sukar sepanjang hidupku.  Awal pemergiannya, aku hanya membisu sahaja.  Banyak masa kuhabiskan ngan menyendiri.  Terasa sangat kehilangannya.  Aku seperti anak ayam kehilangan ibu.  Mana tidaknya, insan yang menjadi tempat aku bergantung telah tiada.  Pemergiannya terlalu pantas.  Dia pergi saat aku belum lagi merelakannya.

                Hidupku kosong buat sekian kalinya.  Setiap hari aku menantinya.  Menantinya untuk menyapa aku.  Aku melewati tempat-tempat yang sering kami kunjungi.  Padang ragbi antara tempat yang aku gunakan untuk menyendiri.  Mengingati kembali saat-saat indah aku bersama-samanya.  Tempat yang banyak kami gunakan untuk bertukar-tukar idea, pendapat, cerita dan masalah yang timbul dalam kehidupan ini.

              Suatu ketika, aku tidak langsung ke kuliah.  Hari itu aku bersiap-siap seperti biasa.  Kawan bilikku mengajak aku untuk ke kuliah bersama-samanya.  Aku menolak pelawaannya.  Aku ingin menunggu Virs menjemputku.  Setelah mengambil segala modul dan nota, aku turun ke cafe.  Aku harap aku tidak lambat lagi.  Virs sering kali menyindir.  Aku ni digelar siput.  Sentiasa lambat.  

              Hatiku resah.  Perasaan gembira kini bertukar menjadi api kemarahan.   "Ala mana perginya Virs.  Dah 15 minit aku menunggunya tapi batang hidungnya masih belum kelihatan.  Ibarat menunggu buah kelapa gugur je ni." hatiku menggomel.  Kesabaranku masih lagi belum teruji.  Aku tetap menanti kehadiran Virs.

               "Nita tunggu siapa tu", tegur Aina yang berjalan beriringan Haslina.  Aku hanya mampu tersenyum kepada Aina.  Tak mampu untuk kujawab soalan itu tatkala hatiku kian memuncak marah.  Aina dan Harlina berlalu menunju ke arah motosikal.  Tapi aku. Aku masih tercegat kat sini seorang diri.  Hari ini Virs betul-betul menguji kesabaranku.  Apa lagi yang ingin dia lakukan.  

                  Setengah jam telah berlalu.  Aku terasa ingin menangis.  Aku mengambil handphone dan terus menekan nombor Virs.  Panggilanku hanya dijawab oleh mesin suara.  Alahai di off lak handphonenya.  Kenapalah ngan Virs ni.  Tak pernah dia off handphonenya.  "Nita, kalau awak rindu kat saya or awak bosan, call lah saya ye.  Saya sentiasa menanti panggilan dan mesej-mesej awak.  Saya tak pernah off handphone saya.  Saya tak nak biarkan panggilan dan mesej-mesej awak sampai kat saya terlewat", terang Virs saat kami baru berkenalan.  Tapi mengapa kini, dia off kan handphonenya.  Eeeeeeee, kalaulah Virs berada di hadapanku sekarang ni pasti teruk dia aku kerjakan.

                Ramai teman sekuliahku menegur aku tatkala mereka berlalu di hadapanku.  Aku dah tak mampu membendung perasaanku.  Tiada senyuman kini terukir di bibirku.  Mukaku masam mencuka kini.  Virs pernah memberitahu bahawa senyumanku sangat manis.  Dia cakap senyumanku itulah yang mencairkan hatinya.  Hatinya aman dan damai jika melihat senyuman menguntum di bibirku.  Ya Allah, sanggupnya Virs melakukan aku seperti ini.  Tak mungkin dia lupa bahawa hari ini ada kuliah.  10 minit lagi, kuliah akan bermula.  Namun, aku masih di sini.  Menanti dan terus menanti.

               "Assalamualaikum Haris", aku memulakan panggilan.  Haris kawan sebilik Virs.  Harislah tempat aku mengadu jika Virs buat hal denganku.  Menjadi orang tengah antara kami berdua jika pergaduhan terjadi.  "Waalaikumusalam Nita.  Ada apa-apa yang Haris boleh tolong", ujar Haris lembut.  " Haris, Virs kat mana.  Dah hampir 30 minit Nita wait dia ni.  Dia dah bertolak ke belum ni Haris", soalku kepada Haris.  "Ya Allah", kedengaran suara Haris." Kenapa Haris.  Kereta Virs rosak ke?" tanyaku lagi.

               "Nita, Virs kan dah sebulan meninggalkan kita.  Awak lupa ke Nita?" tanya Haris lembut kepadaku.  Aku terdiam seketika. "Nita. Nita ok tak ni.  Haris tahu Nita masih belum dapat terima hakikat Virs dah tiada lagi", Haris meneruskan kata-katanya.  Aku kehilangan kata-kata.  Apa dah jadi pada diriku.  Aku betul-betul terlupa yang Virs kini telah bersemadi di alam barzah.  Air mataku gugur tiba-tiba.  Sebak sangat hati ini.  

                Berdosanya aku.  Jahatnya aku ini.  Tak pasal-pasal aku mengata yang bukan-bukan terhadap Virs.  Badanku lemah kini.  Air mata jernihku deras mengalir dan membasahi pipiku.  "Virs, maafkan Nita.  Saya dah buruk sangka.  Maafkan saya ye awak", hatiku berbicara seolah-olah Virs berada di hadapanku.

                      Aku memusingkan badanku dan kembali ke bilikku.  Hari itu aku terus menyendiri.  Memeluk gambar-gambar Virs sambil berdoa kepada Allah agar mencucuri rohnya.

No comments: