Aku betul-betul tak faham mengapa Virs marah sangat kat aku pagi tadi. Apa anginnya, aku tak tau. Tetiba je dia serang aku. Ermmm cam bom atom yang gugur ke bumi. Aku yang ketika itu sedang leka melayari internet terpinga-pinga. Apa lak salahku pada Virs ni. Marah betul Virs kat aku kali ini.Beberapa orang yang lalu lalang kat kawasan padang ini memandang ke arah kami. Malu besar aku. Ada yang tersenyum sinis. Ada yang terbeliak mata. Ada yang berhenti untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Virs masih dengan serangannya. Aku hanya mendengar sahaja. Ini tak boleh jadi ni. Aku segera off laptop aku. Aku masukkan laptop ke dalam beg. Tanpa memandang ke arah wajah Virs, aku terus berlalu dari situ.
Bukan tidak mahu bertanya tapi aku kenal sangat ngan Virs. Time dia marah, penjelasan tak diperlukan. So. sia-sia aje lau aku terus menunggu. Virs yang tidak suka dengan tindakan aku terus mengekoriku dari belakang. Lantaklah dia nak ikut aku pun. Aku terus berjalan. "Nita, awak nak pergi ke mana. Saya belum habis cakap lagi ni", jerit Virs yang terus mengekoriku. Aku tidak memberikan sebarang respons. Tidak berpuas hati ngan tindakanku, Virs meminta aku berhenti. Aku mengalah. Kini, Virs betul-betul berada di hadapanku. Aku merenung tajam ke arah mataku. Dia ingat dia sorang je yang boleh marah aku. Aku bertanya padanya, apa yang dia nak daripadaku. Mengapa sanggup dia memarahiku. Aku terus merenung ke arah matanya. Hatiku cukup benci melihat wajahnya.
Virs bertanya kenapa aku tidak benarkan Dania berkawan dengannya. Mengapa aku memberi amaran keras kat Dania sehingga Dania menjauhkan diri daripadanya. Ermmm masalah perempuan rupanya. Apa yang berlaku aku sendiri pun tak jelas sebenarnya. "Virs, apa maksud awak ni? Sejak bila lak saya berkawan dengan Dania ni. Suka hati je tuduh saya cam tu," aku bercakap ngan nada yang agak tinggi. Dania, wanita yang disukai Virs. Virs sangat kagum ngan Dania. Dania memang cantik. Pelajar jurusan kejuruteraan. Sama dengan Virs. Dania lebih awal mengenali Virs daripada aku. Aku hadir antara mereka berdua. Mereka itu senior aku kat universiti ini. Kehadiranku dalam hidup Virs sedikit sebanyak telah membuatkan mereka semakin jauh. Mana tidaknya, Virs banyak menghabiskan masa denganku.
"Awak nak cari pasal ngan saya ye. Bukannya nak cakap elok-elok ngan saya. Asyik nak marah-marah je. Suka hati awaklah. Saya malas nak layan awak. Baik awak pergi sekarang. Saya betul-betul benci ngan sikap awak tau," ujarku ngan agak keras. "Awak tunggu apa lagi or tak faham ngan apa yang saya cakap ni," ujarku lagi. "Saya yang patut marahkan awak, Nita. Kalau tak pasal awak, takkanlah Dania tak layan saya lagi. Awak ni kan memang tak suka tengok saya ngan Dania kan. Awak nak saya layan awak sorang je kan. Tamak tol lah awak ni Nita," ujar Virs. Susah tol lah ngan Virs ni. Aku tak larat nak melayan kerenah dia.
Handphoneku tiba-tiba berdering. Alunan lagu Amazing kedengaran. Siapa lak yang menelefon aku time cam ni. Kulihat nama Kak Ina terpampang kat skrin handphone aku. Kak Ina meminta aku menemaninya ke Kuantan Parade malam ini. Ingin beli sesuatu katanya. Aku terus bersetuju dengan ajakan Kak Ina itu. "Virs, saya nak pergi dulu. Ada hal," ujarku lalu meninggalkannya sorang diri kat situ.
"Nita, jom kita pekena mi goreng kat Aida Food Court," bicara Kak Ina selepas kami keluar dari Kuantan Parade. Tanpa meminta persetujuan aku, Kak Ina terus menuju ke arah Aida Food Court. Aku mengikuti Kak Ina. Tak berapa ramai orang malam ni kat situ. Jadi, sekejap je makanan kami siap. "Kak Ina tengok Nita tak ceria je ni. Nita ada masalah ke. Nak cerita kat Kak Ina tak?" tanya Kak Ina. "Ermm, tak ada apalah Kak Ina. Nita ok je. Aku berbohong pada Kak Ina. Tak mahu Kak Ina tahu pasal pergaduhan antara aku dan Virs.
"Di bilik, aku mendengar lagu-lagu kegemaranku. Hatiku sedikit tenang time ni. Malas aku nak fikir tentang mereka berdua. Ada isyarat mesej masuk. Ermmm Virs yang hantar rupanya. Dia nak jumpa aku esok. Aku tidak membalas mesej tersebut. Aku tertidur akhirnya.
Pagi ini aku hanya mengenakan jeans dan tshirt purple. Aku mencapai beg dan terus keluar dari bilik. Sebelum keluar, aku sempat memberitahu Kak Ina yang hari ini aku punya kuliah sampai petang. Kak Ina memintaku berhati-hati. Aku menggangguk. Aku terus menuju ke cafe untuk sarapan. Kebiasaan aku cam ni lah setiap hari. Sarapan tak pernah aku tinggalkan. "Boleh saya duduk sebelah awak." Suara itu amat kukenali sangat. Virs. Dia terus melabuhkan punggungnya sebelum aku memberikan jawapan. "Awak janganlah kat sini. Nanti Dania tengok, susah awak tau." ujarku kepada Virs.
"Maafkan saya ye Nita sebab marahkan awak semalam. Betul cakap awak. Saya patut cakap elok-elok ngan awak semalam. Kesal tol hati saya coz menuduh awak tanpa unsur periksa," ujar Virs lagi. Aku terus mendiamkan diriku. Malas rasanya nak bercakap apa-apa ngan Virs lagi. Selesai minum, aku terus meminta izin Virs untuk pergi kuliah. Virs menawarkan diri untuk menghantar aku ke kuliah tapi aku menolaknya. Tatkala itu Dania muncul di hadapanku. Tanpa menghiraukan kehadirannya, aku terus melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Virs dan Dania. Virs pula terus mengejar aku dari belakang. Aku tak tau lah apa yang perlu aku lakukan lagi. Hatiku benar-benar terluka ngan sikap Virs kali ini.

No comments:
Post a Comment