Pages


Thursday, 29 March 2012

Kawan atau Sahabat

Salam n selamat malam semua.

Kak Jue masih lagi berbicara tentang persahabatan.  Sahabat ini ada macam-macam rupa, sifat dan ragamnya.  Dalam persahabatan ada suka dan dukanya.  Ada tenang dan ributnya.  Ada pasang dan surutnya.  

Apa beza kawan dan sahabat? Menurut pakar motivasi Dr. H.M Tuah, "Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia. Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan sedia bersama kita dalam semua keadaan, susah ke, senang ke, sahabat tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak). Itu menurut Dr. Tuah. Pada saya pula kawan orang yang mudah di dampingi sekiranya anda berduit, bergaya walhal sahabat orang yang akan sentiasa berdamping walau apa pun jua keadaan anda. 

Dalam menempuh kehidupan ini, harus pandai memilih kawan.  Ada kawan yang hanya perlukan kita untuk suka-suka sahaja, ada kawan yang hanya perlukan kita untuk bekerja, ada kawan yang hanya perlukan kita untuk kepentingan dirinya sendiri dan ada kawan yang ingin bersama-sama kita ketika suka dan duka.

Kawan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia terutamanya remaja.  Silap memilih kawan, kita akan parah.  Kita selalu akan terdorong untuk mengikuti apa dilakukan oleh kawan-kawan yang ada di sekeliling kita.  Suka atau tidak, kita harus mengikut apa yang ada di hadapan kita.   Jika semua kawan kita ingin makan di KFC, McD or Pizza, kita nak atau tidak mesti ikut mereka.  Sekali dua menolak mungkin ok tapi kalau selalu menolak pasti kawan akan pandang serong terhadap kita

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Kadang-kadang cakap kawan lebih mudah kita ikut berbanding ibu bapa, ingat tak zaman sekolah dulu. Pengaruh kawan tersangatlah besar. Zaman dah tua ni pun sama jugak.hehe.

Pernah tak dengar orang cakap, nak tau perangai seseorang tu macam mana, kena lihat dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul.

Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah, senang, sedih dan gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya, sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya yang sedang terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawannya susah dan sedih, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, 

Kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar suka berbual tetapi sahabat berbual, berbincang dan berkongsi pendapat. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?. 


No comments: