"Awak merajuk ngan saya lagi?" bicaranya lembut. "Ermmm, awak yang selalu buat saya merajuk. Kenapa suka paksa saya cakap sesuatu yang saya sendiri tak tau macam mana caranya untuk saya jelaskan", aku menjawab pertanyaannya.
"Saya memang begini, saya suka bercakap berasaskan fakta. Saya tak faham ngan bahasa awak tu", jelas Virs. "Kenapa ni awak. Awak cam tak kenal siapa saya," aku mencelah. "Yelah, tapi kiasan awak tu saya tak faham. Perlukah awak asyik nak berteka-teki ngan saya," Virs teruskan kata-katanya.
Aku dan Virs sememangnya dua insan yang berbeza. Pendidikan yang kami terima membuatkan kami terkadang begitu asing. Asing dari segi gaya penyampaian dan cara berfikir. Entahlah, aku sendiri hairan bagaimana kami boleh jadi rapat sebegini. Jurang pendapat antara kami jauh sangat bagai langit ngan bumi. Inilah kekuasaan Allah.
Aku budak sastera yang berfikir dan sentiasa bermain ngan unsur-unsur bahasa yang begitu indah sifatnya sedangkan Virs budak sains yang suka kepada penjelasan yang ringkas dan padat. Sering kali aku berfikir kenapa kami ditemukan. Apa yang pasti, kehadirannya dalam hidupku memberi sinar pelangi yang tiada tolok banding keindahannya.
Satu sifatnya yang nyata ialah dia selalu inginkan jawapan bagi setiap persoalan. Persoalan yang jarang-jarang dapat kutepis dan akhirnya aku yang tewas dalam perdebatan tentang banyak hal. Dia pandai memujuk, Dia tahu cara untuk membuat aku ketawa. Pernah suatu ketika kami hanya membisu walaupun sudah setengah jam bersua.
"Kawan-kawan, tengok budak sastera tu. Nape dia muncung je dari tadi ye. Dia marahkan sape tu kawan-kawan. Boleh tak kawan-kawan pujuk dia. Cian kat i. Rindu nak dengar dia membebel", bicara Virs sorang diri. Seolah-olah ramai kawan kami yang bersama-sama kami saat itu. Padahal kat situ hanya kami berdua saja. Duduk di tepi padang sambil melihat siswa-siswa lain rancak bermain ragbi.
Aku masih lagi membisu. Kata-katanya itu sedikit sebanyak melembutkan hatiku. Kejamnya aku. Membiarkan Virs bercakap cam orang bodoh lagaknya. Keegoan hati membuat aku terus membisu. Kulihat Virs memedam rasa dek sikapku yang keanak-anakan ini.
" Kawan-kawan, mengapa dia tak tegur kita lagi ni. Kawan-kawan tak pujuk dia ke. Atau dia tak dengar cakap kawan-kawan. Lau kawan-kawan tak boleh pujuk, tak mengapalah. Kawan-kawan boleh pergi sekarang ni. Biarlah i je yang pujuk dia", Virs terus bercakap sorang diri.
"Awak betul-betul tak nak kawan saya lagi ke ni. Apa salah saya. Awak cakaplah. Kesian kat saya", Virs mula meraih simpati aku. Aku mengalah kali ini. Aku berpaling ke arahnya lalu tersenyum dan terus tertawa.
"Mengapa awak ketawa. Ketawakan saya ye. Saya cam orang bodoh kan cakap sorang-sorang", dia bersuara. Dia turut melemparkan senyuman ke arahku. Manis wajahnya tatkala tersenyum. Sejuk hatiku memandang wajahnya yang penuh keikhlasan.
" Awak jangan marah saya lagi tau. Saya tau saya banyak sakitkan hati awak. Saya cuma nak gurau je tapi tak sangka awak terasa ngan saya". Aku terharu mendengar kata-katanya. Sorang kawan yang tak pernah aku temui sebelum ini. Sabar melayan kerenahku.
"Awak, jom kita pergi ke cafe. Saya belanja awak minum ye. Aku bingkas bangun. Virs turut bangun dan kami jalan beriringan menuju ke arah cafe. "Terima kasih ye kerana sudi menjadi kawan saya. Hidup saya ceria dengan kehadiran awak. Awak segala-galanya bagi saya. Saya tak tau apa yang akan terjadi jika awak tinggalkan saya", Virs terus berkata-kata.
Aku terlalu menyayangi Virs. Kasih sayang yang tak berbelah bagi terhadapanya. Aku sepi tanpanya. Dialah kawan baik terbaik dan dialah musuh aku juga. Dia ni memang terkenal ngan sikap suka menyakat. Comel sangat aku lihat dirinya lau dia menggunakan loghat Kelantannya tika berbual-bual ngan member sedaerahnya. Apa yang dia cakap aku sememangnya tidak faham
Hari itu, sebelum berpisah, dia memohon maaf daripadaku berkali-kali. "Saya terlalu menyayangi awak, Nita. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya tak sanggup nak berpisah ngan awak hari ini. Bertuah betul kalau awak menjadi isteri saya saat ini. Pasti sayalah orang yang paling bahagia kat dunia ini. Aku menitiskan air mata mendengar kata-katanya. Entah kenapa hatiku berdebar-debar saat itu. Lain benar perasaanku kali ini. Begitu manja Virs hari ini.
Sebelum berpisah, Virs sempat berpesan kepadaku. "Nita, jaga diri elok-elok tau. Jangan lupa kat saya. Doakan saya ye. Ingat, saya sayang awak sangat-sangat Nita. Aku pun sayang dia. Kami berpisah. Aku terus menuju ke hostelku.
Malam itu, aku dikejutkan ngan panggilan telefon daripada Haris. "Nita. Virs", suara Haris terputus-putus. "Kenapa ngan Virs, Haris", soalku kepada Haris. "Virs dah tak ada Nita. Virs dah tiada Nita". Ya Allah, benarkah ujianMu padaku. Tanpa berlengah lagi, aku terus menuju ke hospital. Perjalanan agak lambat terasa. Aku sampai tatkala kawan-kawannya berlegar-legar di wad kecemasan. Aku diberitahu yang Virs mengadu sesak nafas sebelum tidur. Virs disahkan meninggal dunia tepat jam 10.33 malam akibat asma.
Kini setahun telah berlalu. Hatiku masih lagi merinduinya. Aku terasa dia masih bersama-samaku lagi. Setiap detik kurasai kehadirannya, Aku pasti dia damai di sana. Ya Allah, saat ini aku betul-betul merindui Virs. Tatkala teringatkan dia, aku pasti menitiskan air mata. Banyak kenangan aku bersama-samanya. Virs telah pergi tapi hatinya terus melekat di hatiku. Virs, sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangimu.

No comments:
Post a Comment