Pages


Wednesday 11 April 2012

Sayangilah Hati Kita

Hati kita ada pintu-pintunya.  Maka kita katakan 'pintu-pintu hati'.  Tugas dan tanggungjawab kita adalah memastikan pintu-pintu hati tadi senantiasa terbuka luas.  Untuk apa?  Supaya ia  boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah serta ilmu Allah SWT.

Biarpun hati kita sentiasa terbuka, namun kita harus awas selalu.  Tahap keselamatannya harus dipantau dan dipertingkatkan dari masa ke masa.  Ye lah, banyak juga bilangan musuh yang mahu menjajah kerajaan hati.  Banyak musuh yang cemburu dengan kegemilangan hati dengan nur hidayahnya yang berkilau serta ilmu Allah SWT yang sarat.  Untuk itu, musuh-musuh itu tidak pernah rehat mengintai dan menanti peluang lewat dasar 'keterbukaan' pintu-pintu hati.

Sehebat mana pun serangan musuh (nafsu dan syaitan), pintu-pintu hati mesti sentiasa terbuka.  Tidak boleh tertutup.  Terbukanya pintu-pintu hati melambangkan kehebatan dan 'gentlenya' dia.  Hati yang terbuka pintunya tidak pernah gentar dengan serangan-serangan liar itu kerana ia rasa selamat dengan pagar-pagar yang melingkari dan merentang di sekelilingnya.  Itulah pagar ketauhidan(akidah), amal soleh, keikhlasan, keyakinan serta kesabaran.

Syaitan dan nafsu tidak berupaya untuk terus-menerus menutup pintu-pintu hati yang terbuka tadi.  Mereka amat takut dan gerun pada kilauan cahaya iman dan nur hidayah yang menyimbah laksana bebola mentari itu.

Namun mereka tak pernah berputus asa.  Mereka datang dengan cara yang lain pula.  Kali ini modus operandi mereka adalah dengan berusaha keras secara berpasukan melemah dan merosakkan pagar-pagarnya yakni hati tadi.  Pagar yang tidak dipantau dan dikawal rapi akhirnya bolos juga!

Senjata apa yang diasak sampai melumpuhkan pagar-pagar hati tadi?  Tidak lain dan tidak bukan dosa-dosa yang kita lakukan sama ada kepada Allah SWT atau sesama manusia.  Senjata dosa yang diguna pakai syaitan dan nafsu pada fasa pertamanya bertindak memusnahkan pagar-pagar hati.  Pada fasa berikutnya ia menjadi lebih agresif dan kemaruk.  Apabila bala tentera datang dengan jumlah yang banyak, bukan sahaja pagar hati dapat diruntuhkan, bahkan pintu-pintu hati yang terbuka tadi pun berjaya diceroboh dan dibolosi.  Apa yang terjadi selepas 'tentera penjajah' itu berjaya menguasai hati?

Hati yang terbuka tadi akan menjadi tertutup.  Cahaya iman yang berkemilau bertukar menjadi suram dan kelam.  Cahaya ilmu tidak mendapat tempat lagi kerana pintu-pintu hati mula tertutup rapat.

          Di fasa ini, manusia akan menjadi seorang lalai selalai-lalainya.  Firman Allah SWT:

     كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

 "Sesekali-kali tidak (demikian).  Sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka".  (Al-Mutaffifin:14)

Al-Hasan menafsirkan ayat ini dengan berkata:  "Ia bermakna dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta".

As-Syeikh Abu Bakar al-Jaza-iri rahimahullah di dalam tafsirnya Aisarut Tafasir menyebutkan:  ''Dosa-dosa yang dilakukan itu menutupi hati-hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran."

Ulama lain pula menyebutkan: "Apabila dosa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati mereka."

Apabila keadaan ini berlaku kepada seseorang yang sebelum ini mendapat hidayah dan ilmu, maka ia akan menjadi terbalik.  Ketika itu ia akan dikuasai oleh musuh-musuhnya yang mengheretnya ke mana saja yang disukai mereka.

Sayangilah hati kita.  Wallahu a'lam.

Sunday 8 April 2012

Kurang Tidur Punca Pelbagai Masalah Kesihatan

  1. Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
  2. Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
  3. Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
  4. Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
  5. Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
  6. Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
  7. Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua.
  8. Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
  9. Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
  10. Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
  11. Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
  12. 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.

PERKATAAN LAZIM YANG SERING WANITA SUKA GUNAKAN

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening
Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Dasyatnya Doa Ibu

Sumber:  http://www.norehan.com

Berikut ialah kisah yang diringkaskan mengenai betapa hebatnya doa seorang ibu, yang saya ambil dari buku bertajuk Dahsyatnya Doa Ibu hasil tulisan Syamsuddin Noor keluaran PTS.

Ada 2 orang adik-beradik iaitu Amin (abang) dan Adi (adik). Amin sangat baik sejak kecil sehingga dewasa. Dia tidak pernah melakukan sebarang perkara jahat mahupun maksiat. Ibu bapa, keluarga serta masyarakat sangat menyayangi Amin.

Adi pula sangat nakal sejak kecil. Apabila dewasa Adi menjadi individu yang jahat. Dia pernah dipenjarakan tetapi tidak pernah insaf. Hidupnya sering bergelumang dengan maksiat. Melihat perangai Adi yang teruk ini, ibunya sering berdoa agar Allah memberikan Adi hidayah dan kembali ke jalan lurus.

Suatu hari, Adi memberitahu ibu dan Amin yang dia ingin memulakan perniagaan. Dia meminta sebahagian harta peninggalan arwah ayahnya. Ibunya dan Amin berasa lega kerana mereka sangka Adi sudah berubah dan ingin bertaubat. Rupa-rupanya tidak, Adi ingin membuka sebuah rumah pelacuran. Ibu dan abangnya enggan memberikan dokumen harta pusaka tersebut.

Pada waktu malam, Adi cuba mencuri dokumen itu tetapi dihalang oleh ibunya. Adi menendang ibunya. Dalam kesakitan, ibunya berdoa lagi agar Adi kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tanpa bantuan ibu dan abangnya, Adi berjaya juga membuka sebuah rumah pelacuran.

Selepas kejadian itu, Amin tiba-tiba mendengar satu suara halus yang membandingkan dirinya dengan Adi. Suara itu berkata:" Sejak kecil sehingga sekarang, engkau asyik beribadah, tidak pernah merasai nikmat dunia. Lihat adik kamu, sentiasa ada wanita sekeliling pinggang. Apa kata kamu kunjungi rumah pelacuran adikmu. Sekali sahaja. Selepas itu, bertaubatlah. Allah pasti menerima taubatmu kerana Allah Maha Penyayang." Amin berazam untuk pergi ke rumah pelacuran adiknya pada malam itu selepas solat Maghrib.

Dalam masa yang sama, Adi yang berada di rumah pelacurannya mula terfikir:" Sampai bila aku perlu hidup dalam maksiat. Semua orang membenci aku. Jika berterusan begini, pasti aku akan masuk neraka dan abangku sudah tentu akan masuk syurga. Aku tak masuk terus hidup dalam maksiat. Aku perlu berubah. Malam ini juga, aku akan ke masjid untuk solat bersama-sama abangku."

Pada malam itu, Amin dan Adi meneruskan niat masing-masing. Disebabkan mereka tidak melalui jalan yang sama, mereka tidak berselisih.

Adi pun meninggalkan rumah pelacurannya. Amin pula selepas pulang dari solat Maghrib, terus menyalin pakaian dan menuju ke rumah pelacuran. Tiba di sana, dia tidak berjumpa dengan adiknya. Semua orang tidak tahu di mana Adi. Akhirnya, Amin berjumpa dengan Mira, seorang pelacur yang pernah menggodanya dahulu. Mira menyambutnya dengan mesra dan akhirnya mereka berdua tenggelam dalam maksiat.

Sementara itu, Adi yang telah tiba di masjid tercari-cari abangnya. Dia tidak menemui Amin. Malahan semua orang di masjid tidak tahu di mana Amin. Adi pun terus mendirikan solat dan melakukan wirid kerana benar-benar ingin bertaubat.

Tiba-tiba berlaku satu gempa bumi yang kuat. Semua orang dalam masjid itu bertempiaran lari keluar kecuali Adi yang begitu kusyuk berwirid.

Banyak bangunan yang runtuh akibat gempa bumi itu. Keesokan harinya, orang ramai sibuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. Mereka terjumpa mayat Adi sedang memeluk Al-Quran. Di runtuhan rumah pelacuran pula, mereka terjumpa mayat Amin serta Mira dalam keadaan yang memalukan. Orang ramai kehairanan melihat Adi yang mati di masjid dan Amin pula di rumah pelacuran.

Ibu mereka menangis melihat keadaan anak-anaknya, lebih-lebih lagi keadaan mayat Amin. Barulah dia tersedar, selama ini dia tidak pernah mendoakan Amin kerana menganggapnya anak yang soleh dan tidak memerlukan doanya.

Pengajaran dari kisah ini:
Doakanlah kesemua anak-anak kita. Kalau ada 10 orang anak, doakan untuk kesemuanya. Walaupun perangai anak-anak ada yang baik dan ada yang buruk, janganlah lupa mendoakan mereka.

Jadi doakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan jika marahkan anak-anak, berhati-hati dengan ayat yang keluar dari mulut kita. Apa yang kita katakan adalah doa. Jangan tersalah doa...kasihanilah anak-anak.

Berilah Kemaafan, Mungkin Ini Tidur Terakhirmu.

Sumber Rujukan  :    Bawa Hatimu Kepada Tuhan oleh Amaluddin Mohd Napiah.


             Apabila tenggelam sang mentari, maka tabir malam pun menyelubungi.  Malam adalah untuk manusia.  Malam adalah untuk manusia merehatkan tubuh badan mereka yang sehari suntuk penat dan keletihan bekerja untuk mencari rezeki.  Malam menjadi bertambah indah dengan rembulan tersenyum serta taburan jutaan bintang di langit.  Malam bertambah syahdu dengan zikir sang unggas dan mergastua bertasbih memuji Ilahi.  Sebagaimana siang dan malam berlalu menggamit hadirnya siang, sebagaimana siang dan malam silih berganti, maka begitu juga bersilih gantinya tidur dan jaga.

             Sungguh, semua yang Allah SWT cipta ini tidak ada yang sia-sia.  Ada 1001 pengajaran dan hikmahnya.  Pengajaran yang patut diambil para salikin untuk perjalanan yang masih jauh.  Malam ini, di kamar tidur, aku merenung dalam-dalam diri yang alpa ini.  Maha kerdil dan jahilnya diri aku ini, ya Tuhan.  Mengapa aku sering berbangga-bangga dengan 'title' sebaik-baik ciptaan Allah SWT, sedangkan amat ketara dan sungguh memalukan apabila zikirku pada-Mu amat sedikit berbanding kemeriahan zikir sang unggas dan mergastua yang tidak jemu-jemu sahut-menyahut memuji-Mu.

                 Rasulullah mengumpamakan tidur itu sebgai 'mati kecil', kerana itulah agaknya mengapa kita disunatkan berwuduk, berzikir, beristighfar, memaafkan kesalahan orang lain dan berwasiat sebelum tidur.  Manalah tahu, entah-entah tidur kita pada malam itu juga adalah tidur yang terakhir.  Tidur yang penghabisan.  Berapa banyak sudah berlaku?  Berapa banyak warga dunia yang berangkat semasa tidurnya?  Pergi mengadap Ilahi membawa diri yang lalai daripada Allah SWT, diri yang berlumuran dosa, dan dada penuh dendam kesumat dengan sesama Muslim.

                Tatkala kelopak mata semakin berat dan jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi, Fatihah dan doa kubacakan berturut-turut, "Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.  Ya Allah ya Tuhanku, jika tidurku ini tidur yang penghabisan, maka ampunkanlah segala dosaku, maafkan segala kesalahanku dan redhalah pada diriku".

                   Sekian daripada Kak Jue.


Saturday 7 April 2012

Fakta Mengenai Kidal

           Orang yang kidal lebih banyak menggunakan tangan kirinya daripada tangan kanannya. Dia biasanya menggunakan tangan kirinya untuk berbagai-bagai pekerjaan seperti untuk menyikat rambut, memasak dll. Menulis tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang kidal atau bukan, kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan tangan kanannya.

            Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh  cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

           Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

        Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

        Kelebihan- Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

Kelebihan Orang Kidal

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

Kekurangan Orang Kidal
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

Tokoh-Tokoh Yang Kidal:
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

Wednesday 4 April 2012

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
 “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

      “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  •  
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Tuesday 3 April 2012

Tip Menghidupkan Hati.

TAUBAT

          Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dan beberapa syarat yang tertentu.Dengan sifat Allah yang Maha pengampun dan Maha penyayang,kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa.

          Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

          " Dan mohonlah ampun kepada Allah,Sesungguhnya ia maha pengampun lagi mengasihani."
(surah al-Muzammil: 20)

           Taubat yang dilakukan haruslah bersyarat bagi memastikan pelaku dosa itu tidak mengulangi kembali kesalahannya.


SYARAT-SYARAT TAUBAT
  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukannya 
  • Menyesal atas segala maksiat yang telah dilakukannya
  • Bercita-cita tidak akan mengulangi lagi.
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi 
  • Mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa                    
 
  HIKMAH TAUBAT
  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Meningkatkan ketakwaan diri
  • Membanteras tipu daya syaitan ysng selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat
  • Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T dalam hidup di dunia dan akhirat
  • Hubungan yang baik sesama manusia dapat dibekalkan 
  • Membersihkan kekotoran hati 
RINTIHAN TAUBAT

      "Ya Allah,janganlah engkau sesatkan kami setelah engkau tunjuki,dan berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu.Sesungguhnya Engkau maha banyak memberi pemberian."

Hati yang Mati

  Assalamualaikum n selamat petang semua.

         Kak Jue baru pas solat Asar.  Just wait kul 6.30 ptg sebelum menonton rancangan kesukaanku, Nada Cinta.  So, sebelum itu, ingin Kak Jue coretkan sedikit kat blog milikku ini.  Hari ini, Kak Jue ingin bercerita tentang hati.

         Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

         Menurut Imam Hasan Al Basri dapatlah diketahui tanda-tanda bagi hati yang mati itu seperti:
  1. Sentiasa melazimi melakukan dosa tetapi pada masa yang sama mengharap pula keampunan Allah swt.
  2.  Berilmu tetapi tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.
  3. Beramal tetapi tidak ikhlas.
  4. Riya’, yakni melakukan kebaikan, kebajikan dan beramal kerana ingin di lihat orang atau di puji orang yakni amalnya ingin diperlihat kepada manusia.
  5. Hari-hari makan rezki Allah tetapi tidak mahu bersyukur.
  6. Mengucapkan zikir tetapi hanya di bibir tidak di hayati di dalam hatinya dan tidak diikuti pengamalan dengan anggota tubuhnya.     
         Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa rakan-rakan yang kami ketahui atau tidak kami ketahui, berilah keluasan di dalam kubur kami dan jauhilah kesempitan dan himpitan kubur bagi kami, kubur itu gelap ya Allah, berilah cahaya untuk kami di dalam kubur kami. Ampunilah kami ya Allah!

Monday 2 April 2012

Di Antara Bintang

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu

Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Ya cuma kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku
Dan paling mengerti aku