JAUHI 20 perkara untuk mencari keREDHAan Allah
Pertama :
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.
Kedua :
Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori
seluruh rumah kita.
Ketiga :
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau
meniup kedalam minuman.
Keempat :
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak
berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk,
periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai
digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan
bermalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan , kerana
syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.
Kelima :
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).
Keenam :
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
Ketujuh :
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.
Kelapan :
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
Kesembilan :
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
Kesepuluh :
Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Kesebelas :
Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Kedua belas :
Jangan ego (sombong) untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Ketiga belas :
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia
Keempat belas :
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap
kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Kelima belas :
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.
Keenam belas :
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Ketujuh belas :
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Kelapan belas :
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.
Kesembilan belas :
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.
Kedua puluh :
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang
terbaik untuk hamba ciptaanNya.
No comments:
Post a Comment