Mengapa ketika kita menganggapnya sebagai sahabat, dia mula menjauhkan diri daripada kita. Sebisa mungkin aku cuba memahaminya. Aku menerima dirinya apa adanya. Menerima kelebihannya dan menerima kelemahan dirinya. Aku juga tak pernah memandang kekurangan dirinya sebagai halangan dalam persahabatan suci ini.
Mengapa dia boleh melayanku sebegini. Apa salahku? Apa kekurangan diriku jika dibandingkan teman-temannya yang lain. Mungkinkah ia dugaan Allah? Aku telah banyak berubah untuk dirinya. Aku sentiasa ada saat dia perlukan aku. Jarang sekali aku menghampakan dirinya.
Mungkin perpisahan ini jalan penyelesaiannya. Dia gembira tanpa kehadiranku. Dia bahagia sekali rasanya. Sejak dulu lagi, aku sudah tahu kalau dia tak suka aku komen kat wall fb dia. Tapi salahkah aku. Sebelum komen aku dah meminta izinnya. Tak nak aku komen tanpa izinnya.
Dulu dia pernah cakap kat aku yg dia xnak aktif lagi kat fb ini. Sekarang dia wat hal lagi. Sekarang ni baru aku faham, hadirnya aku di sisinya langsung dia tak hargai. Siapa aku di hatinya???? Sedih sangat rasanya. Tidakkah dia tidak mempunyai perasaan jika aku meninggalkan dia????? Tapi aku tahu yang dia tak pernah kisah jika aku ada atau tidak. Aku bukan siapa-siapa di hatinya. Hadirku ibarat embun di pagi hari yang akan hilang pabila mentari bersinar.
Ya Allah, kau cekalkan hatiku ini. Semoga aku kuat tanpa dia. Semoga aku bisa hidup dalam kesunyian tanpa dia. Dia betul-betul tak tahu yang dia begitu bermakna dalam hidupku. Orang yang aku perlu sebagai kawan di sini.
Aku tak mungkin berpaling lagi. Aku akan sedaya upaya untuk menahan kerinduan terhadapnya. Aku cuma mampu berdoa kepadaMu Ya Allah. Pastinya selepas solat, aku akan mendoakan dirinya agar sentiasa mendapat hidayah daripada Mu. Semoga dia sentiasa dipelihara selamanya olehMu ya Allah. Semoga kasih sayangku ini terus ada untuknya walaupun dia tidak pernah sayang pada diriku.

No comments:
Post a Comment