Pages


Saturday 5 May 2012

Buanglah Hasad....Ia Mengundang Neraka Yang Disegerakan

Assalamualaikum dan selamat malam.

Dah sekian lama kutinggalkan blog kecilku ini.  Dah lama sangat kutidak menulis di ruangan sempit ini.
Hari ini aku ingin berkongsi tentang sifat hasad dengki yang menjadi penyakit kepada manusia hari ini.  Penyakit yang dihidapi tanpa mengira usia, status, darjat dan keturunan.

Hasad dengki boleh dikatakan sebagai penyakit rohani tahap 'merah'.  Ia merbahaya sekali pada agama dan duniawi seseorang.  Risiko buruknya sangat luas dan ketara.  Kehadirannya mengancam cuaca tenang dan suasana damai di jiwa.  Apabila ia menguasai diri seseorang maka buruklah padahnya.  Antaranya, amalan seseorang musnah dan lenyap begitu sahaja.

Penguasaan dan penularan penyakit dengki berlaku tanpa had dan batasannya.  Ia menimpa sesiapa sahaja tidak kira cerdik atau bodoh, jahil atau alim, lelaki atau perempuan kerana kecuali hamba yang dipelihara oleh Allah SWT.  Namun, sepandai-pandai 'orang cerdik pandai' yang berhasad dengki, ia rupanya jahil sekali terhadap bencana dan fasad (kehancuran) 'segera' yang akan berlaku ke atas dirinya.

Belum lagi dunia kiamat, belum lagi rencana buruk dan kehasadannya menimpa insan yang didengkinya, tengok-tengok tanpa sedar telah muncul di depan matanya lima seksaan 'tunai' atau 'segera' di dunia yang akan menjadikan dirinya macam orang kena sawan atau macam kera kena belacan.  Sawan dan suasana tidak keruan yang menjelma pada rutinnya itu adalah dek kerana jiwanya yang tidak pernah rehat dari al-hasad, sebagaimana sabda Nabi SAW.

Apakah lima seksaan duniawi itu?

As-Syeikh Abul Laith as-Samarqandiy rahimahullah berkata:

"Akan menimpa ke atas diri si penghasad dengki lima seksaan sebelum hasanya itu jatuh ke atas orang yang dihasadnya.

  • Akan menimpa ke atas dirinya musibah berat yang tidak mendatangkan pahala sedikit pun.
  • Akan menimpa ke atas dirinya kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan.
  • Akan menimpa ke atas dirinya celaan dan kutukan.
  • Akan menimpa ke atas dirinya kemarahan Allah SWT
  • Akan ditutupkan ke atasnya pintu taufik.
Kalau demikianlah kerasnya seksaan di atas dunia ini, maka kenapa manusia masih sahaja suka hidup dengki-mendengki, dendam-mendendam sesama mereka?  Yang sudah itu, sudahlah.  Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.

Akan tetapi, sepanjang perjalanan dunia ini, ia menyaksikan betapa orang yang dijangkiti virus hasad dengki ini jiwanya tak pernah tenteram, hatinya jadi tak keruan dan tidurnya pun tak lena.  Maka inilah dia yang dikatakan 'neraka yang disegerakan'.  Wal'iyazubillah.

Wednesday 11 April 2012

Sayangilah Hati Kita

Hati kita ada pintu-pintunya.  Maka kita katakan 'pintu-pintu hati'.  Tugas dan tanggungjawab kita adalah memastikan pintu-pintu hati tadi senantiasa terbuka luas.  Untuk apa?  Supaya ia  boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah serta ilmu Allah SWT.

Biarpun hati kita sentiasa terbuka, namun kita harus awas selalu.  Tahap keselamatannya harus dipantau dan dipertingkatkan dari masa ke masa.  Ye lah, banyak juga bilangan musuh yang mahu menjajah kerajaan hati.  Banyak musuh yang cemburu dengan kegemilangan hati dengan nur hidayahnya yang berkilau serta ilmu Allah SWT yang sarat.  Untuk itu, musuh-musuh itu tidak pernah rehat mengintai dan menanti peluang lewat dasar 'keterbukaan' pintu-pintu hati.

Sehebat mana pun serangan musuh (nafsu dan syaitan), pintu-pintu hati mesti sentiasa terbuka.  Tidak boleh tertutup.  Terbukanya pintu-pintu hati melambangkan kehebatan dan 'gentlenya' dia.  Hati yang terbuka pintunya tidak pernah gentar dengan serangan-serangan liar itu kerana ia rasa selamat dengan pagar-pagar yang melingkari dan merentang di sekelilingnya.  Itulah pagar ketauhidan(akidah), amal soleh, keikhlasan, keyakinan serta kesabaran.

Syaitan dan nafsu tidak berupaya untuk terus-menerus menutup pintu-pintu hati yang terbuka tadi.  Mereka amat takut dan gerun pada kilauan cahaya iman dan nur hidayah yang menyimbah laksana bebola mentari itu.

Namun mereka tak pernah berputus asa.  Mereka datang dengan cara yang lain pula.  Kali ini modus operandi mereka adalah dengan berusaha keras secara berpasukan melemah dan merosakkan pagar-pagarnya yakni hati tadi.  Pagar yang tidak dipantau dan dikawal rapi akhirnya bolos juga!

Senjata apa yang diasak sampai melumpuhkan pagar-pagar hati tadi?  Tidak lain dan tidak bukan dosa-dosa yang kita lakukan sama ada kepada Allah SWT atau sesama manusia.  Senjata dosa yang diguna pakai syaitan dan nafsu pada fasa pertamanya bertindak memusnahkan pagar-pagar hati.  Pada fasa berikutnya ia menjadi lebih agresif dan kemaruk.  Apabila bala tentera datang dengan jumlah yang banyak, bukan sahaja pagar hati dapat diruntuhkan, bahkan pintu-pintu hati yang terbuka tadi pun berjaya diceroboh dan dibolosi.  Apa yang terjadi selepas 'tentera penjajah' itu berjaya menguasai hati?

Hati yang terbuka tadi akan menjadi tertutup.  Cahaya iman yang berkemilau bertukar menjadi suram dan kelam.  Cahaya ilmu tidak mendapat tempat lagi kerana pintu-pintu hati mula tertutup rapat.

          Di fasa ini, manusia akan menjadi seorang lalai selalai-lalainya.  Firman Allah SWT:

     كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

 "Sesekali-kali tidak (demikian).  Sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka".  (Al-Mutaffifin:14)

Al-Hasan menafsirkan ayat ini dengan berkata:  "Ia bermakna dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta".

As-Syeikh Abu Bakar al-Jaza-iri rahimahullah di dalam tafsirnya Aisarut Tafasir menyebutkan:  ''Dosa-dosa yang dilakukan itu menutupi hati-hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran."

Ulama lain pula menyebutkan: "Apabila dosa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati mereka."

Apabila keadaan ini berlaku kepada seseorang yang sebelum ini mendapat hidayah dan ilmu, maka ia akan menjadi terbalik.  Ketika itu ia akan dikuasai oleh musuh-musuhnya yang mengheretnya ke mana saja yang disukai mereka.

Sayangilah hati kita.  Wallahu a'lam.

Sunday 8 April 2012

Kurang Tidur Punca Pelbagai Masalah Kesihatan

  1. Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
  2. Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
  3. Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
  4. Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
  5. Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
  6. Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
  7. Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua.
  8. Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
  9. Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
  10. Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
  11. Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
  12. 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.

PERKATAAN LAZIM YANG SERING WANITA SUKA GUNAKAN

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening
Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Dasyatnya Doa Ibu

Sumber:  http://www.norehan.com

Berikut ialah kisah yang diringkaskan mengenai betapa hebatnya doa seorang ibu, yang saya ambil dari buku bertajuk Dahsyatnya Doa Ibu hasil tulisan Syamsuddin Noor keluaran PTS.

Ada 2 orang adik-beradik iaitu Amin (abang) dan Adi (adik). Amin sangat baik sejak kecil sehingga dewasa. Dia tidak pernah melakukan sebarang perkara jahat mahupun maksiat. Ibu bapa, keluarga serta masyarakat sangat menyayangi Amin.

Adi pula sangat nakal sejak kecil. Apabila dewasa Adi menjadi individu yang jahat. Dia pernah dipenjarakan tetapi tidak pernah insaf. Hidupnya sering bergelumang dengan maksiat. Melihat perangai Adi yang teruk ini, ibunya sering berdoa agar Allah memberikan Adi hidayah dan kembali ke jalan lurus.

Suatu hari, Adi memberitahu ibu dan Amin yang dia ingin memulakan perniagaan. Dia meminta sebahagian harta peninggalan arwah ayahnya. Ibunya dan Amin berasa lega kerana mereka sangka Adi sudah berubah dan ingin bertaubat. Rupa-rupanya tidak, Adi ingin membuka sebuah rumah pelacuran. Ibu dan abangnya enggan memberikan dokumen harta pusaka tersebut.

Pada waktu malam, Adi cuba mencuri dokumen itu tetapi dihalang oleh ibunya. Adi menendang ibunya. Dalam kesakitan, ibunya berdoa lagi agar Adi kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tanpa bantuan ibu dan abangnya, Adi berjaya juga membuka sebuah rumah pelacuran.

Selepas kejadian itu, Amin tiba-tiba mendengar satu suara halus yang membandingkan dirinya dengan Adi. Suara itu berkata:" Sejak kecil sehingga sekarang, engkau asyik beribadah, tidak pernah merasai nikmat dunia. Lihat adik kamu, sentiasa ada wanita sekeliling pinggang. Apa kata kamu kunjungi rumah pelacuran adikmu. Sekali sahaja. Selepas itu, bertaubatlah. Allah pasti menerima taubatmu kerana Allah Maha Penyayang." Amin berazam untuk pergi ke rumah pelacuran adiknya pada malam itu selepas solat Maghrib.

Dalam masa yang sama, Adi yang berada di rumah pelacurannya mula terfikir:" Sampai bila aku perlu hidup dalam maksiat. Semua orang membenci aku. Jika berterusan begini, pasti aku akan masuk neraka dan abangku sudah tentu akan masuk syurga. Aku tak masuk terus hidup dalam maksiat. Aku perlu berubah. Malam ini juga, aku akan ke masjid untuk solat bersama-sama abangku."

Pada malam itu, Amin dan Adi meneruskan niat masing-masing. Disebabkan mereka tidak melalui jalan yang sama, mereka tidak berselisih.

Adi pun meninggalkan rumah pelacurannya. Amin pula selepas pulang dari solat Maghrib, terus menyalin pakaian dan menuju ke rumah pelacuran. Tiba di sana, dia tidak berjumpa dengan adiknya. Semua orang tidak tahu di mana Adi. Akhirnya, Amin berjumpa dengan Mira, seorang pelacur yang pernah menggodanya dahulu. Mira menyambutnya dengan mesra dan akhirnya mereka berdua tenggelam dalam maksiat.

Sementara itu, Adi yang telah tiba di masjid tercari-cari abangnya. Dia tidak menemui Amin. Malahan semua orang di masjid tidak tahu di mana Amin. Adi pun terus mendirikan solat dan melakukan wirid kerana benar-benar ingin bertaubat.

Tiba-tiba berlaku satu gempa bumi yang kuat. Semua orang dalam masjid itu bertempiaran lari keluar kecuali Adi yang begitu kusyuk berwirid.

Banyak bangunan yang runtuh akibat gempa bumi itu. Keesokan harinya, orang ramai sibuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. Mereka terjumpa mayat Adi sedang memeluk Al-Quran. Di runtuhan rumah pelacuran pula, mereka terjumpa mayat Amin serta Mira dalam keadaan yang memalukan. Orang ramai kehairanan melihat Adi yang mati di masjid dan Amin pula di rumah pelacuran.

Ibu mereka menangis melihat keadaan anak-anaknya, lebih-lebih lagi keadaan mayat Amin. Barulah dia tersedar, selama ini dia tidak pernah mendoakan Amin kerana menganggapnya anak yang soleh dan tidak memerlukan doanya.

Pengajaran dari kisah ini:
Doakanlah kesemua anak-anak kita. Kalau ada 10 orang anak, doakan untuk kesemuanya. Walaupun perangai anak-anak ada yang baik dan ada yang buruk, janganlah lupa mendoakan mereka.

Jadi doakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan jika marahkan anak-anak, berhati-hati dengan ayat yang keluar dari mulut kita. Apa yang kita katakan adalah doa. Jangan tersalah doa...kasihanilah anak-anak.

Berilah Kemaafan, Mungkin Ini Tidur Terakhirmu.

Sumber Rujukan  :    Bawa Hatimu Kepada Tuhan oleh Amaluddin Mohd Napiah.


             Apabila tenggelam sang mentari, maka tabir malam pun menyelubungi.  Malam adalah untuk manusia.  Malam adalah untuk manusia merehatkan tubuh badan mereka yang sehari suntuk penat dan keletihan bekerja untuk mencari rezeki.  Malam menjadi bertambah indah dengan rembulan tersenyum serta taburan jutaan bintang di langit.  Malam bertambah syahdu dengan zikir sang unggas dan mergastua bertasbih memuji Ilahi.  Sebagaimana siang dan malam berlalu menggamit hadirnya siang, sebagaimana siang dan malam silih berganti, maka begitu juga bersilih gantinya tidur dan jaga.

             Sungguh, semua yang Allah SWT cipta ini tidak ada yang sia-sia.  Ada 1001 pengajaran dan hikmahnya.  Pengajaran yang patut diambil para salikin untuk perjalanan yang masih jauh.  Malam ini, di kamar tidur, aku merenung dalam-dalam diri yang alpa ini.  Maha kerdil dan jahilnya diri aku ini, ya Tuhan.  Mengapa aku sering berbangga-bangga dengan 'title' sebaik-baik ciptaan Allah SWT, sedangkan amat ketara dan sungguh memalukan apabila zikirku pada-Mu amat sedikit berbanding kemeriahan zikir sang unggas dan mergastua yang tidak jemu-jemu sahut-menyahut memuji-Mu.

                 Rasulullah mengumpamakan tidur itu sebgai 'mati kecil', kerana itulah agaknya mengapa kita disunatkan berwuduk, berzikir, beristighfar, memaafkan kesalahan orang lain dan berwasiat sebelum tidur.  Manalah tahu, entah-entah tidur kita pada malam itu juga adalah tidur yang terakhir.  Tidur yang penghabisan.  Berapa banyak sudah berlaku?  Berapa banyak warga dunia yang berangkat semasa tidurnya?  Pergi mengadap Ilahi membawa diri yang lalai daripada Allah SWT, diri yang berlumuran dosa, dan dada penuh dendam kesumat dengan sesama Muslim.

                Tatkala kelopak mata semakin berat dan jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi, Fatihah dan doa kubacakan berturut-turut, "Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.  Ya Allah ya Tuhanku, jika tidurku ini tidur yang penghabisan, maka ampunkanlah segala dosaku, maafkan segala kesalahanku dan redhalah pada diriku".

                   Sekian daripada Kak Jue.


Saturday 7 April 2012

Fakta Mengenai Kidal

           Orang yang kidal lebih banyak menggunakan tangan kirinya daripada tangan kanannya. Dia biasanya menggunakan tangan kirinya untuk berbagai-bagai pekerjaan seperti untuk menyikat rambut, memasak dll. Menulis tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang kidal atau bukan, kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan tangan kanannya.

            Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh  cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

           Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

        Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

        Kelebihan- Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

Kelebihan Orang Kidal

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

Kekurangan Orang Kidal
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

Tokoh-Tokoh Yang Kidal:
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

Wednesday 4 April 2012

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
 “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

      “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  •  
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Tuesday 3 April 2012

Tip Menghidupkan Hati.

TAUBAT

          Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dan beberapa syarat yang tertentu.Dengan sifat Allah yang Maha pengampun dan Maha penyayang,kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa.

          Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

          " Dan mohonlah ampun kepada Allah,Sesungguhnya ia maha pengampun lagi mengasihani."
(surah al-Muzammil: 20)

           Taubat yang dilakukan haruslah bersyarat bagi memastikan pelaku dosa itu tidak mengulangi kembali kesalahannya.


SYARAT-SYARAT TAUBAT
  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukannya 
  • Menyesal atas segala maksiat yang telah dilakukannya
  • Bercita-cita tidak akan mengulangi lagi.
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi 
  • Mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa                    
 
  HIKMAH TAUBAT
  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Meningkatkan ketakwaan diri
  • Membanteras tipu daya syaitan ysng selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat
  • Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T dalam hidup di dunia dan akhirat
  • Hubungan yang baik sesama manusia dapat dibekalkan 
  • Membersihkan kekotoran hati 
RINTIHAN TAUBAT

      "Ya Allah,janganlah engkau sesatkan kami setelah engkau tunjuki,dan berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu.Sesungguhnya Engkau maha banyak memberi pemberian."

Hati yang Mati

  Assalamualaikum n selamat petang semua.

         Kak Jue baru pas solat Asar.  Just wait kul 6.30 ptg sebelum menonton rancangan kesukaanku, Nada Cinta.  So, sebelum itu, ingin Kak Jue coretkan sedikit kat blog milikku ini.  Hari ini, Kak Jue ingin bercerita tentang hati.

         Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

         Menurut Imam Hasan Al Basri dapatlah diketahui tanda-tanda bagi hati yang mati itu seperti:
  1. Sentiasa melazimi melakukan dosa tetapi pada masa yang sama mengharap pula keampunan Allah swt.
  2.  Berilmu tetapi tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.
  3. Beramal tetapi tidak ikhlas.
  4. Riya’, yakni melakukan kebaikan, kebajikan dan beramal kerana ingin di lihat orang atau di puji orang yakni amalnya ingin diperlihat kepada manusia.
  5. Hari-hari makan rezki Allah tetapi tidak mahu bersyukur.
  6. Mengucapkan zikir tetapi hanya di bibir tidak di hayati di dalam hatinya dan tidak diikuti pengamalan dengan anggota tubuhnya.     
         Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa rakan-rakan yang kami ketahui atau tidak kami ketahui, berilah keluasan di dalam kubur kami dan jauhilah kesempitan dan himpitan kubur bagi kami, kubur itu gelap ya Allah, berilah cahaya untuk kami di dalam kubur kami. Ampunilah kami ya Allah!

Monday 2 April 2012

Di Antara Bintang

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu

Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Ya cuma kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku
Dan paling mengerti aku

Saturday 31 March 2012

Kata-kata Mutiara 3

IDEAS ARE ONLY SEEDS, TO PICK THE CROPS NEEDS PERSPIRATION.
GAGASAN-GAGASAN HANYALAH BIBIT, MENUAI HASILNYA MEMBUTUHKAN KERINGAT.

LAZINESS MAKES A MAN SO SLOW THAT POV ERTY SOON OVERTAKE HIM.
KEMALASAN MEMBUAT SESEORANG BEGITU LAMBAN SEHINGGA KEMISKINAN SEGERA MENYUSUL.

THOSE WHO ARE ABLE TO CONTROL THEIR RAGE CAN CONQUER THEIR MOST SERIOUS ENEMY.
SIAPA YANG DAPAT MENAHAN MARAHNYA MAMPU MENGALAHKAN MUSUHNYA YANG PALING BERBAHAYA.

KNOWLEDGE AND SKILLS ARE TOOLS, THE WORKMAN IS CHARACTER.
PENGETAHUAN DAN KETERAMPILAN ADALAH ALAT, YANG MENENTUKAN SUKSES ADALAH TABIAT.

A HEALTHY MAN HAS A HUNDRED WISHES, A SICK MAN HAS ONLY ONE.
ORANG YANG SEHAT MEMPUNYAI SERATUS KEINGINAN, ORANG YANG SAKIT HANYA PUNYA SATU KEINGINAN

A MEDICAL DOCTOR MAKES ONE HEALTHY, THE NATURE CREATES THE HEALTH. (Aristoteles)
SEORANG DOKTER MENYEMBUHKAN, DAN ALAM YANG MENCIPTAKAN KESEHATAN. (Aristoteles)

THE MAN WHO SAYS HE NEVER HAS TIME IS THE LAZIEST MAN.(Lichtenberg)
ORANG YANG MENGATAKAN TIDAK PUNYA WAKTU ADALAH ORANG YANG PEMALAS.(Lichterberg)

POLITENESS IS THE OIL WHICH REDUCES THE FRICTION AGAINST EACH OTHER. (Demokritus).
SOPAN-SANTU ADALAH IBARAT MINYAK YANG MENGURANGI GESEKAN SATU DENGAN YANG LAIN. (Demokritus).

A DROP OF INK CAN MOVE A MILLION PEOPLE TO THINK.
SETETES TINTA BISA MENGGERAKAN SEJUTA MANUSIA UNTUK BERFIKIR.

WE CAN TAKE FROM OUR LIFE UP TO WHAT WE PUT TO IT.
APA YANG BISA KITA DAPAT DARI KEHIDUPAN KITA TERGANTUNG DARI APA YANG KITA MASUKKAN KE SITU.

REAL POWER DOES NOT HIT HARD, BUT STRAIGHT TO THE POINT.
KEKUATAN YANG SESUNGGUHNYA TIDAK MEMUKUL DENGAN KERAS, TETAPI TEPAT SASARAN

IF YOU LEAVE EVERYTHING TO YOUR GOOD LUCK, THEN YOU MAKE YOUR LIFE A LOTTERY.
JIKA ANDA MENGANTUNGKAN DIRI PADA KEBERUNTUNGAN SAJA, ANDA MEMBUAT HIDUP ANDA SEPERTI LOTERE.

REAL POWER DOES NOT HIT HARD, BUT STRAIGHT TO THE POINT.
KEKUATAN YANG SESUNGGUHNYA TIDAK MEMUKUL DENGAN KERAS, TETAPI TEPAT SASARAN.

BEING CAREFUL IN JUDGING AN OPINION IS A SIGN OF WISDOM.
KEHATI-HATIAN DALAM MENILAI PENDAPAT ORANG ADALAH CIRI KEMATANGAN JIWA.

YOU RECOGNIZE BIRDS FROM THEIR SINGGING, YOU DO PEOPLE FROM THEIR TALKS.
BURUNG DIKENAL DARI NYANYIANNYA, MANUSIA DARI KATA-KATANYA.

ONE OUNCE OF PREVENT IS EQUAL TO ONE POUND OF MEDICINE.
SATU ONS PENCEGAHAN SAMA NILAINYA DENGAN SATU PON OBAT.

Smile is the shortest distance between two people.
Senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia .

Real power does not hit hard , but straight to the point.
Kekuatan yang sesungguhnya tidak memukul dengan keras , tetapi tepat sasaran

You have to endure caterpillars if you want to see butterflies. (Antoine De Saint)
Anda harus tahan terhadap ulat jika ingin dapat melihat kupu-kupu. (Antoine De Saint)

Only the man who is in the truth is a free man.
Hanya orang yang berada dalam kebenaranlah orang yang bebas.

Every dark light is followed by a light morning.
Malam yang gelap selalu diikuti pagi yang tenang.

Laughing is healthy, especially if you laugh about yourself.
Tertawa itu sehat, lebih-lebih jika mentertawakan diri sendiri.

The danger of small mistakes is that those mistakes are not always small.
Bahayanya kesalahan-kesalahan kecil adalah bahwa kesalahan-kesalahan itu tidak selalu kecil.
Kesalahan kecil bisa mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya bisa menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan.

To be silent is the biggest art in a conversation.
Sikap diam adalah seni yang terhebat dalam suatu pembicaraan.

The worst in the business world is the situation of no decision. (Napoleon).
Yang terparah dalam dunia usaha adalah keadaan tidak ada keputusan. (Napoleon).

Dig a well before you become thirsty.
Galilah sumur sebelum Anda merasa haus.

Friday 30 March 2012

Kata-kata Mutiara 1

Bismillahirrahmanirrahim
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
  • Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
  • Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
  • Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
  • Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  • Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
  • Gerabak kosong lebih kuat bisingnya  daripada gerabak yang penuh muatan.
  • Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
  • Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya
  • Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia….. gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
  • Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  • Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
  • Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
  • Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
  • Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya
  • Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain
  • Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
  • Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah dan yang paling utama sekali adalah dari pertolongan Allah S.W.T
  • Seseorang yang berkhianat selalu terhina.
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Kita dilahirkan dengan dua buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
  • Seribu mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin kehidupan kita didunia dan di akhirat
  • Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar
  • Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting
  • Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
  • Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
  • Seseorang yang jujur berkemungkinan diterima ucapannya oleh musuh.
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang kita cintai itu tidak kurang pentingnya dari kita
  • Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  • Jaga-jagalah bergurau, kerana ia berkemungkinan membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan……………

Bukan Simpati yang kucari

Assalamualaikum semua,

Semakin hari semakin diriku rasa tidak selesa,  Tetiba rasa sayu menyelubungi hidupku.  Entah apa yang kucari sebenarnya di sini.  Aku sendiri tak pasti sebenarnya.  Apa yang kutahu, aku bertahan di sini kerana seseorang.  

Aku ni sebenarnya seorang yang sangat manja.  Selama ini, aku tidak biasa dengan kata-kata yang kasar.  Hatiku terlalu lembut sebenarnya.  Hati akan sebak jika ada seseorang kasar denganku.  Terkadang aku terfikir, orang lain bukannya tahu bagaimana sifatku.  Bagaimana mama dan abah menjagaku.  Bagaimana aku dimanjakan oleh mereka.

Takkan aku nak memaksa orang untuk mengikut cara aku.  Lebih-lebih lagi mereka dibesarkan dengan cara yang berbeza dengan hidupku.  Mereka mempunyai kehidupan yang lain.  Mama dgn abah tak pernah mengajar aku untuk mengeluarkan bahasa-bahasa yang tak elok.  Terima kasih mama terima abah.  Kalianlah insan yang aku sayang.

Sebenarnya aku bukan tak mencuba untuk menggunakan bahasa-bahasa yang kasar ngan kawan-kawan tetapi entahlah aku tak boleh.  Di facebook, sering kali aku melihat pengguna yang menulis dengan kata-kata yang kurang enak dipandang mata.  Memanggil seseorang dengan perkataan yang tidak sepatutnya.  Aku penat melihatkan semua ini.

Mungkin dah sampai masanya untuk aku pergi dari sini.  Terkadang menyendiri lebih baik daripada semua yang aku lalui sekarang.  Namun begitu, aku amat berterima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.  Kawan-kawan yang banyak memberi kesedaran kepada diriku.

Aku cuma berharap agar pengguna-pengguna facebook lebih berhati-hati dalam post yang dikeluarkan kat facebook.  Ingatlah, apa yang kalian tulis itu dibaca oleh ramai orang.   Jangan sampai tulisan-tulisan yang tidak elok itu mempengaruhi orang lain.  Besarlah harapan agar apa yang dipostkan di facebook dapat memberi didikan kepada hati-hati yang membaca fb kalian.

Renung-renungkanlah.

Salam Sayang
Kak Jue

JAUHI 20 perkara untuk mencari keREDHAan Allah

Pertama : 

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.

Kedua : 

Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Ketiga : 

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman.

 Keempat : 

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Kelima : 

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).

 Keenam : 

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Ketujuh : 

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.

Kelapan : 

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.

Kesembilan : 

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

Kesepuluh : 

Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Kesebelas : 

Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Kedua belas : 

Jangan ego (sombong)  untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Ketiga belas : 

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia

Keempat belas : 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Kelima belas : 

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.

Keenam belas

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Ketujuh belas : 

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

 Kelapan belas : 

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

Kesembilan belas : 

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Kedua puluh : 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Thursday 29 March 2012

Kawan atau Sahabat

Salam n selamat malam semua.

Kak Jue masih lagi berbicara tentang persahabatan.  Sahabat ini ada macam-macam rupa, sifat dan ragamnya.  Dalam persahabatan ada suka dan dukanya.  Ada tenang dan ributnya.  Ada pasang dan surutnya.  

Apa beza kawan dan sahabat? Menurut pakar motivasi Dr. H.M Tuah, "Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia. Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan sedia bersama kita dalam semua keadaan, susah ke, senang ke, sahabat tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak). Itu menurut Dr. Tuah. Pada saya pula kawan orang yang mudah di dampingi sekiranya anda berduit, bergaya walhal sahabat orang yang akan sentiasa berdamping walau apa pun jua keadaan anda. 

Dalam menempuh kehidupan ini, harus pandai memilih kawan.  Ada kawan yang hanya perlukan kita untuk suka-suka sahaja, ada kawan yang hanya perlukan kita untuk bekerja, ada kawan yang hanya perlukan kita untuk kepentingan dirinya sendiri dan ada kawan yang ingin bersama-sama kita ketika suka dan duka.

Kawan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia terutamanya remaja.  Silap memilih kawan, kita akan parah.  Kita selalu akan terdorong untuk mengikuti apa dilakukan oleh kawan-kawan yang ada di sekeliling kita.  Suka atau tidak, kita harus mengikut apa yang ada di hadapan kita.   Jika semua kawan kita ingin makan di KFC, McD or Pizza, kita nak atau tidak mesti ikut mereka.  Sekali dua menolak mungkin ok tapi kalau selalu menolak pasti kawan akan pandang serong terhadap kita

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Kadang-kadang cakap kawan lebih mudah kita ikut berbanding ibu bapa, ingat tak zaman sekolah dulu. Pengaruh kawan tersangatlah besar. Zaman dah tua ni pun sama jugak.hehe.

Pernah tak dengar orang cakap, nak tau perangai seseorang tu macam mana, kena lihat dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul.

Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah, senang, sedih dan gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya, sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya yang sedang terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawannya susah dan sedih, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, 

Kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar suka berbual tetapi sahabat berbual, berbincang dan berkongsi pendapat. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?. 


Pemaaf......Sucikan Hati

Marilah kita bersama-sama meraba diri dan hati kita masing-masing, sudahkan keduanya kita tata sedemikian rupa hingga menambah nilai ketakwaan kita kepada-Nya. Hati ini harus selalu kita jaga, jangan sampai rusak terkena penyakit dan terjalar mala. Karena penyakit hati susah nian diobati, namun demikian insyaalah mudah dihindari. Dan bila terasa diri ini banyak dosa segeralah minta ampunan kepada-Nya. Atau bersegeralah melaksanakan hal-ha yang disukai-Nya sebagai tebusan atas kesalahan-kesalahan kita, agar kita menjadi suci kembali. Karena Dia Allah adalah Tuhnan Maha Suci yang sangat menyukai kesucian. Maka hendaknya kita senantiasa dalam kondisi suci baik suci bathin maupun dhahir.

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar. Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.
Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Tuesday 27 March 2012

Rahmat Ujian-Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

 Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Kau Terhebat (RasulullahS.A.W)

Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata

Segenap ruang di angkasa
Kau bintang menyinar
Dalam berjuta yang terlihat
Dikau terhebat

Lembut wajahmu penuh damai
Keikhlasanmu yang terpancar
Tampak gayamu sederhana
Peribadi mempesona

Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu dilautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar

Aku rasa malu padamu
Terus aku menyanjungimu

Dalam dirimu hanya satu
Dia segalanya
Tautan rindu ku padamu
Dikau terhebat
Dikau terhebat
Dikau terhebat

Monday 26 March 2012

Persahabatan itu Indah

Persahabatan itu umpama sebuah taman yang indah,
yang dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis bunga
yang mempunyai bermacam-macam bau dan warnanya.
 Namun jika ianya tidak dijagai dan dibajai,
maka lambat laun ia akan layu dan mati juga...

Dan memelihara persahabatan itu umpama engkau menggengam seekor burung merpati.
Jika engkau memegangnya terlalu kemas ia akan mati kelemasan,
jika engkau menggenggamnya terlalu longgar ia akan terlepas dan terbang pergi.
Jika engkau menyangkarnya pula ,
ia akan menderita namun jika engkau melepaskannya terbang bebas,
ia akan menjadi liar denganmu.
Namun , walau ianya menyusahkan dan memenatkan.
Percayalah dengan sepenuh hatimu. Yang persahabatan itu sangat indah.
Dan masih terlalu banyak yang manis didalamnya.

Seperti yang Dulu - Ungu


Sunday 25 March 2012

Hadirku Tak Kau Hargai

      Mengapa ketika kita menganggapnya sebagai sahabat, dia mula menjauhkan diri daripada kita.  Sebisa mungkin aku cuba memahaminya.  Aku menerima dirinya apa adanya.  Menerima kelebihannya dan menerima kelemahan dirinya.  Aku juga tak pernah memandang kekurangan dirinya sebagai halangan dalam persahabatan suci ini.

      Mengapa dia boleh melayanku sebegini.  Apa salahku? Apa kekurangan diriku jika dibandingkan teman-temannya yang lain.  Mungkinkah ia dugaan Allah?  Aku telah banyak berubah untuk dirinya.  Aku sentiasa ada saat dia perlukan aku.  Jarang sekali aku menghampakan dirinya.

      Mungkin perpisahan ini jalan penyelesaiannya.  Dia gembira tanpa kehadiranku.  Dia bahagia sekali rasanya.  Sejak dulu lagi, aku sudah tahu kalau dia tak suka aku komen kat wall fb dia.  Tapi salahkah aku.  Sebelum komen aku dah meminta izinnya.  Tak nak aku komen tanpa izinnya.  

      Dulu dia pernah cakap kat aku yg dia xnak aktif lagi kat fb ini.  Sekarang dia wat hal lagi.  Sekarang ni baru aku faham, hadirnya aku di sisinya langsung dia tak hargai.  Siapa aku di hatinya????  Sedih sangat rasanya.  Tidakkah dia tidak mempunyai perasaan jika aku meninggalkan dia????? Tapi aku tahu yang dia tak pernah kisah jika aku ada atau tidak.  Aku bukan siapa-siapa di hatinya.  Hadirku ibarat embun di pagi hari yang akan hilang pabila mentari bersinar.

    Ya Allah, kau cekalkan hatiku ini.  Semoga aku kuat tanpa dia.  Semoga aku bisa hidup dalam kesunyian tanpa dia.  Dia betul-betul tak tahu yang dia begitu bermakna dalam hidupku.  Orang yang aku perlu sebagai kawan di sini.

     Aku tak mungkin berpaling lagi.  Aku akan sedaya upaya untuk menahan kerinduan terhadapnya.  Aku cuma mampu berdoa kepadaMu Ya Allah.  Pastinya selepas solat, aku akan mendoakan dirinya agar sentiasa mendapat hidayah daripada Mu.  Semoga dia sentiasa dipelihara selamanya olehMu ya Allah.  Semoga kasih sayangku ini terus ada untuknya walaupun dia tidak pernah sayang pada diriku.

    

Sebiru Hari Ini

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri 
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena 
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Bila Hati Bicara


mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara

* terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara

tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

Tuhan Beri Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahandiri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...