Membaca buku akan membuka wawasan kalbu, menerbitkan pelbagai pelajaran dan nasihat. Membaca bisa memberikan berbagai-bagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat, dan akan menghilangkan yang syubhat. Membaca merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam, kesenangan bagi orang yang merenung, dan pelita bagi yang tidak tidur malam
Setiap kali pengetahuan yang telah dibaca diulang kaji, dikuasai dan disaingi, maka akan semakin membuahkan hasilnya bagi yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya setiap saat dengan izin Tuhannya manakala diperlukan, kerana pengetahuan telah dikuasai dan telah menetap di tempat kediamannya.
Sebaliknya keenganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kitab-kitab serta tidak mahu menelaah sendiri, sama dengan mengekang kelancaran lisan, membatasi pembentukan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, akal pun menjadi tegang, watak menjadi mati, dan modal pengetahuan menjadi layu serta fikiran menjadi gersang. Mengapakah demikian???? Ini kerana buku selalu mengandungi faedah, perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang dijumpai.
Demikianlah faedah membaca yang sememangnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Oleh itu, kita berlindung kepada Allah daripada pupusnya cita-cita, lemahnya tekad dalam jiwa dan bekunya semangat jiwa kerana sesungguhnya hal ini merupakan musibah yang paling besar.

No comments:
Post a Comment