Sejak kejadian tempoh hari, aku dengan Virs semakin jauh. Aku yang sebenarnya menjauhkan diri daripadanya. Tak sanggup aku menghadapinya lagi. Suka marah-marah tanpa usul periksa dan senang pula nak minta maaf. Bukan sekali tetapi berulang kali aku diperlakukan sedemikian. Entah kenapa. asyik aku je yang dijadikan sasaran pabila dia bersua ngan sebarang masalah. Penat jadinya.
Aku bersendirian di tepi padang, tempat biasa kuhabiskan waktu bersama-sama Virs. Bercerita dan berbincang sambil menyaksikan siswa-siswa yang asyik berlatih ragbi. Bersendirian sambil melihat tajuk assigment yang baru saja kuterima pagi tadi. Berfikir tentang apa yang diingini oleh pensyarah. Pastinya assigment bukan suatu hal yang payah dan bukan juga mudah sebenarnya. Dalam masa yang sama juga aku melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang assigment.
"Nita,"sapa seseorang dari belakang. Terkejut aku dibuatnya. Buku di tanganku terjatuh. Aku berpaling. Haris tersenyum melihat gelagatku. Aku turut membalas senyuman Haris. " Maaflah, Haris buat Nita terkejut," ujar Haris. Haris merupakan pemain ragbi di universiti ini. " Tak mengapa Haris. Nita ok je," balasku. "Nita, buat apa tu. Asyik benar sampai lupa dunia sekeliling?" tanya Haris. "Ni, Nita cari maklumat tentang assigment ni. Baru dapat pagi tadi daripada Encik Zaidi." jelasku kepada Haris.
"Jom Nita, ikut Haris pergi minum. Dahagalah," ajak Haris. "Tak naklah, Haris busuk," sindirku kat Haris. Haris tergelak mendengar kata-kataku. "Yelah, orang tak sudi nak minum ngan kita," Haris mula mengomel. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat Haris. Haris sememangnya rapat dengan aku dan Virs. "Ok, tapi Haris kena tolong Nita," kataku kepada Haris. "Untuk tuan puteri, apa-apa pun boleh. Hamba pasti menjunjung duli," balas Haris.
"Teman Nita pergi kedai buku jap lagi ye," pintaku kepada Haris. Haris menggangguk tanda setuju. Kami berjalan menuju ke arah cafe yang berdekatan. Haris terus memesan minuman untuk kami berdua sementara aku mencari meja untuk kami berdua. Haris datang sambil membawa teh o ais limau. Sambil minum, kami memerhatikan beberapa orang siswa dan siswi yang rancak berbual.
"Nita, nak pergi sekarang or nak wait Haris mandi dulu," tanyanya kepadaku. "Terpulang kepada Harislah. Nita ok je. "Kalau cam tu, Haris balik bilik dan mandi dulu. Haris hantar Nita balik hostel dulu ye. Bila siap mandi, Haris jemput Nita. Aku menggangguk setuju.
Aku mencapai dompetku setelah menerima panggilan daripada Haris. Apabila sampai di keretanya, aku dapati seseorang bersama-sama dengannya. Ermmm Virs rupanya. Kenapa Virs ikut serta. Aku mula tawar hati untuk pergi tapiiiiiii aku kan dah janji dengan Haris. Takkan aku nak batalkan ini sedangkan akulah yang meminta tolong daripada Haris. Lantaklah.
Setelah membeli segala keperluan yang kuingini, kami bertiga menuju ke arah sebuah kedai makan. "Haris, nampaknya ada orang tak suka aku ada kat sini," Virs memecah kesunyian. "Hahahaha, perasaan kau je tu Virs. Nita tak ada cakap apa-apa pun. Betul kan Nita." balas Haris.
"Entahlah Haris. Dia je yang perasan kot. Ada ke Nita cakap Nita tak suka. Tak ada kan," jelasku. "Kalau suka, takkanlah dari tadi asyik muncung je mulut tu. Nanti dipatuk ayam baru dia tahu," ujar Virs lagi. Aku dan Haris sama-sama tergelak. Virs memang pandai bergurau. Takkan aku nak marah lagi kat dia lagi. Apa yang berlaku sebelum ini sebenarnya belum selesai pun lagi. Cuma aku kesiankan Haris kalau kami berdua bertengkar.

No comments:
Post a Comment