Pages


Friday, 23 March 2012

Tiga Pertanyaan Tentang Hakikat Hidup

  • Apakah anda berkira-kira bahawa anda akan mendapatkan ketenangan dan ketenteraman sedangkan anda belum redha dengan Tuhan, dengan hukum-hukum, perbuatan-perbuatan,qadha' dan qadarNya; dan belum redha dengan rezeki dan kurnia yang Allah berikan kepada anda.
  • Apakah anda telah mensyukuri semua nikmat, kurnia dan pelbagai kebaikan yang diberikan sehingga kini anda menuntut dan meminta yang lain?  Orang yang tidak mampu mensyukuri yang sedikit saja, maka dia akan lebih tidak mampu untuk mensyukuri yang lebih banyak.
  • Mengapa kita tidak mengambil faedah yang Allah kurniakan kepada kita agar kita dapat mengembangkannya, mengaktifkannya, membersihkannya daripada semua kekejian dan kotoran dan anugerah serta pengaruh yang berbekas kepada kita?             Sifat-sifat terpuji dan kurniaan yang agung sebenarnya ada dalam aqal dan jasad kita. 

No comments: