Pages


Saturday 5 May 2012

Buanglah Hasad....Ia Mengundang Neraka Yang Disegerakan

Assalamualaikum dan selamat malam.

Dah sekian lama kutinggalkan blog kecilku ini.  Dah lama sangat kutidak menulis di ruangan sempit ini.
Hari ini aku ingin berkongsi tentang sifat hasad dengki yang menjadi penyakit kepada manusia hari ini.  Penyakit yang dihidapi tanpa mengira usia, status, darjat dan keturunan.

Hasad dengki boleh dikatakan sebagai penyakit rohani tahap 'merah'.  Ia merbahaya sekali pada agama dan duniawi seseorang.  Risiko buruknya sangat luas dan ketara.  Kehadirannya mengancam cuaca tenang dan suasana damai di jiwa.  Apabila ia menguasai diri seseorang maka buruklah padahnya.  Antaranya, amalan seseorang musnah dan lenyap begitu sahaja.

Penguasaan dan penularan penyakit dengki berlaku tanpa had dan batasannya.  Ia menimpa sesiapa sahaja tidak kira cerdik atau bodoh, jahil atau alim, lelaki atau perempuan kerana kecuali hamba yang dipelihara oleh Allah SWT.  Namun, sepandai-pandai 'orang cerdik pandai' yang berhasad dengki, ia rupanya jahil sekali terhadap bencana dan fasad (kehancuran) 'segera' yang akan berlaku ke atas dirinya.

Belum lagi dunia kiamat, belum lagi rencana buruk dan kehasadannya menimpa insan yang didengkinya, tengok-tengok tanpa sedar telah muncul di depan matanya lima seksaan 'tunai' atau 'segera' di dunia yang akan menjadikan dirinya macam orang kena sawan atau macam kera kena belacan.  Sawan dan suasana tidak keruan yang menjelma pada rutinnya itu adalah dek kerana jiwanya yang tidak pernah rehat dari al-hasad, sebagaimana sabda Nabi SAW.

Apakah lima seksaan duniawi itu?

As-Syeikh Abul Laith as-Samarqandiy rahimahullah berkata:

"Akan menimpa ke atas diri si penghasad dengki lima seksaan sebelum hasanya itu jatuh ke atas orang yang dihasadnya.

  • Akan menimpa ke atas dirinya musibah berat yang tidak mendatangkan pahala sedikit pun.
  • Akan menimpa ke atas dirinya kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan.
  • Akan menimpa ke atas dirinya celaan dan kutukan.
  • Akan menimpa ke atas dirinya kemarahan Allah SWT
  • Akan ditutupkan ke atasnya pintu taufik.
Kalau demikianlah kerasnya seksaan di atas dunia ini, maka kenapa manusia masih sahaja suka hidup dengki-mendengki, dendam-mendendam sesama mereka?  Yang sudah itu, sudahlah.  Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.

Akan tetapi, sepanjang perjalanan dunia ini, ia menyaksikan betapa orang yang dijangkiti virus hasad dengki ini jiwanya tak pernah tenteram, hatinya jadi tak keruan dan tidurnya pun tak lena.  Maka inilah dia yang dikatakan 'neraka yang disegerakan'.  Wal'iyazubillah.

Wednesday 11 April 2012

Sayangilah Hati Kita

Hati kita ada pintu-pintunya.  Maka kita katakan 'pintu-pintu hati'.  Tugas dan tanggungjawab kita adalah memastikan pintu-pintu hati tadi senantiasa terbuka luas.  Untuk apa?  Supaya ia  boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah serta ilmu Allah SWT.

Biarpun hati kita sentiasa terbuka, namun kita harus awas selalu.  Tahap keselamatannya harus dipantau dan dipertingkatkan dari masa ke masa.  Ye lah, banyak juga bilangan musuh yang mahu menjajah kerajaan hati.  Banyak musuh yang cemburu dengan kegemilangan hati dengan nur hidayahnya yang berkilau serta ilmu Allah SWT yang sarat.  Untuk itu, musuh-musuh itu tidak pernah rehat mengintai dan menanti peluang lewat dasar 'keterbukaan' pintu-pintu hati.

Sehebat mana pun serangan musuh (nafsu dan syaitan), pintu-pintu hati mesti sentiasa terbuka.  Tidak boleh tertutup.  Terbukanya pintu-pintu hati melambangkan kehebatan dan 'gentlenya' dia.  Hati yang terbuka pintunya tidak pernah gentar dengan serangan-serangan liar itu kerana ia rasa selamat dengan pagar-pagar yang melingkari dan merentang di sekelilingnya.  Itulah pagar ketauhidan(akidah), amal soleh, keikhlasan, keyakinan serta kesabaran.

Syaitan dan nafsu tidak berupaya untuk terus-menerus menutup pintu-pintu hati yang terbuka tadi.  Mereka amat takut dan gerun pada kilauan cahaya iman dan nur hidayah yang menyimbah laksana bebola mentari itu.

Namun mereka tak pernah berputus asa.  Mereka datang dengan cara yang lain pula.  Kali ini modus operandi mereka adalah dengan berusaha keras secara berpasukan melemah dan merosakkan pagar-pagarnya yakni hati tadi.  Pagar yang tidak dipantau dan dikawal rapi akhirnya bolos juga!

Senjata apa yang diasak sampai melumpuhkan pagar-pagar hati tadi?  Tidak lain dan tidak bukan dosa-dosa yang kita lakukan sama ada kepada Allah SWT atau sesama manusia.  Senjata dosa yang diguna pakai syaitan dan nafsu pada fasa pertamanya bertindak memusnahkan pagar-pagar hati.  Pada fasa berikutnya ia menjadi lebih agresif dan kemaruk.  Apabila bala tentera datang dengan jumlah yang banyak, bukan sahaja pagar hati dapat diruntuhkan, bahkan pintu-pintu hati yang terbuka tadi pun berjaya diceroboh dan dibolosi.  Apa yang terjadi selepas 'tentera penjajah' itu berjaya menguasai hati?

Hati yang terbuka tadi akan menjadi tertutup.  Cahaya iman yang berkemilau bertukar menjadi suram dan kelam.  Cahaya ilmu tidak mendapat tempat lagi kerana pintu-pintu hati mula tertutup rapat.

          Di fasa ini, manusia akan menjadi seorang lalai selalai-lalainya.  Firman Allah SWT:

     كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

 "Sesekali-kali tidak (demikian).  Sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka".  (Al-Mutaffifin:14)

Al-Hasan menafsirkan ayat ini dengan berkata:  "Ia bermakna dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta".

As-Syeikh Abu Bakar al-Jaza-iri rahimahullah di dalam tafsirnya Aisarut Tafasir menyebutkan:  ''Dosa-dosa yang dilakukan itu menutupi hati-hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran."

Ulama lain pula menyebutkan: "Apabila dosa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati mereka."

Apabila keadaan ini berlaku kepada seseorang yang sebelum ini mendapat hidayah dan ilmu, maka ia akan menjadi terbalik.  Ketika itu ia akan dikuasai oleh musuh-musuhnya yang mengheretnya ke mana saja yang disukai mereka.

Sayangilah hati kita.  Wallahu a'lam.

Sunday 8 April 2012

Kurang Tidur Punca Pelbagai Masalah Kesihatan

  1. Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
  2. Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
  3. Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
  4. Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
  5. Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
  6. Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
  7. Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua.
  8. Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
  9. Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
  10. Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
  11. Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
  12. 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.

PERKATAAN LAZIM YANG SERING WANITA SUKA GUNAKAN

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening
Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.