Semakin hari semakin diriku rasa tidak selesa, Tetiba rasa sayu menyelubungi hidupku. Entah apa yang kucari sebenarnya di sini. Aku sendiri tak pasti sebenarnya. Apa yang kutahu, aku bertahan di sini kerana seseorang.
Aku ni sebenarnya seorang yang sangat manja. Selama ini, aku tidak biasa dengan kata-kata yang kasar. Hatiku terlalu lembut sebenarnya. Hati akan sebak jika ada seseorang kasar denganku. Terkadang aku terfikir, orang lain bukannya tahu bagaimana sifatku. Bagaimana mama dan abah menjagaku. Bagaimana aku dimanjakan oleh mereka.
Takkan aku nak memaksa orang untuk mengikut cara aku. Lebih-lebih lagi mereka dibesarkan dengan cara yang berbeza dengan hidupku. Mereka mempunyai kehidupan yang lain. Mama dgn abah tak pernah mengajar aku untuk mengeluarkan bahasa-bahasa yang tak elok. Terima kasih mama terima abah. Kalianlah insan yang aku sayang.
Sebenarnya aku bukan tak mencuba untuk menggunakan bahasa-bahasa yang kasar ngan kawan-kawan tetapi entahlah aku tak boleh. Di facebook, sering kali aku melihat pengguna yang menulis dengan kata-kata yang kurang enak dipandang mata. Memanggil seseorang dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Aku penat melihatkan semua ini.
Mungkin dah sampai masanya untuk aku pergi dari sini. Terkadang menyendiri lebih baik daripada semua yang aku lalui sekarang. Namun begitu, aku amat berterima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Kawan-kawan yang banyak memberi kesedaran kepada diriku.
Aku cuma berharap agar pengguna-pengguna facebook lebih berhati-hati dalam post yang dikeluarkan kat facebook. Ingatlah, apa yang kalian tulis itu dibaca oleh ramai orang. Jangan sampai tulisan-tulisan yang tidak elok itu mempengaruhi orang lain. Besarlah harapan agar apa yang dipostkan di facebook dapat memberi didikan kepada hati-hati yang membaca fb kalian.
Renung-renungkanlah.
Salam Sayang
Kak Jue

No comments:
Post a Comment