Pages


Saturday, 24 March 2012

Catatan Hari Sabtu 24/3/2012

         Hari ni bukan suatu hari yang indah untukku.  Walaupun kita dilarang untuk merungut tapi itulah hakikatnya.  Suatu hari yang meletihkan.  Keletihan pada mindaku.  Sejak malam tadi emosi aku tidak begitu ok.  Entah apalah yang melanda diriku.  Ermmm sampaikan aku berselisih pendapat lagi ngan my BFF, Megat.  Kesian dia.

       Hari ini, selepas melihat kalendar, aku teringat akan kata-kata Megat.  U ni datang bulan ke??? Ermm betullah cakap Megat.  Dah nak datang bulan rupanya.  Patutlah emo aku memuncak je.  Aku sendiri lupa ngan tarikh period aku sendiri. Huhuhuhu........

         Hari ini hatiku tak begitu tenag.  Satu hari ni aku asyik teringatkan Megat.  Risau semacam melanda jiwaku.  Aku betul2 risau kalau2 ada sesuatu yang melanda dirinya.  Namun, mesej yg aku terima daripadanya membuatkan aku tenang kembali.  Ok lagi rupanya Megat si tukang sakat ni.  Terima kasih Ya Allah kerana memelihara temanku yang sorang ni.

          Petang tadi, aku ke bandar untuk membayar bil telefon kat Celcom.  Bengang betul ngan sebuah kereta kancil.  Dah lah bawa slow, duk lak belah kiri.  Tensionnya aku.  Aku ni bukan kaki bawa kereta slow2.  Jalan lak sibuk semacam je.  Kereta kancil tu kalau aku boleh angkat, memang aku angkat n campak je kat sebelah.  Ishhhhhhh..... Hehehehe..... inilah emosi aku setiap kali nak datang bulan.  Tak leh control langsung.

          Sekarang ni, perasaanku dah cool sikit tapi ntahlah lau ada orang tiba2 nak sakitkan hatiku lagi.  Jangan meletup dahlah malam ni. 

No comments: