Dengan kita, dia panggil syg, ayg, intan, dear n ntah apa2 lagi. Bila kita panggil cam tu dia marah. Kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling rapat dengan dia. Terkadang kita lupakan segalanya supaya dia rasa dia tak sunyi tanpa kehadiran kita. Terkadang kita tak tidur untuk jaga hatinya. Terkadang kita lupakan rutin harian kita semata-mata tak nak dia rasa diabaikan. Semua kita buat adalah kerana kita betul-betul ikhlas menyayanginya sebagai salah seorang yang ada dalam hati kita.
Pernahkah kita fikir apa perasaan dia pada kita. Apakah dia pun memerlukan kita. Mungkin dia inginkan kita di sampingnya; mungkin dia rasa bosan ngan kita tapi dia tak sanggup nak luahkan semata-mata nak jaga hati kita; mungkin dia tipu kita ngan cakap dia chat ngan kita sorang je padahal dalam masa yang sama dia chat ngan ramai orang. mungkin dia rimas ngan kita.
Terkadang kita tak boleh berfikiran negatif terhadapnya. Tapi perlukah kita sentiasa berfikiran positif. Mengapa kita tak dibenarkan berfikiran begitu. Dalam apa jua situasi, kejujuran amat penting. Bercakap benarlah sekalipun kebenaran itu bisa menyakitkan hati orang-orang yang kita sayang. Mengapa perlu berdalih jika boleh berterus terang.
Jadilah cermin yang telus kepada orang-orang yang kita sayangi. Luahkan segala apa yang kita fikirkan. Berterus teranglah kerana itu hakikatnya. Biarlah dia terluka hari ini daripada dia terus dibiarkan dalam pendustaan. Sukar untuk menjadi cermin yang telus. Cermin yang bisa membaiki seseorang dalam apa jua situasi.
Seterusnya, jagalah hatinya jika mahu dia jaga hati kita. Manusia ini sangat unik sifatnya. Jangan samakan diri kita dengan orang lain. Apa yang kita suka belum tentu digemari orang lain. Jangan bandingkan dia dengan kawan-kawan kita yang lain. Carilah kelebihan dalam dirinya melebihi kelemahannya. Kalau kita mampu menerima kebaikan dirinya, mengapa pula kita tidak sanggup menerima keburukan dirinya.
Jika ditanya pada diriku, aku lebih gemar kepada seseorang yang berterus terang. Jelaskan kepadaku apa kekurangan diriku ini daripada anda terus mengutuk aku terus-terusan. Jika anda tidak perlu kehadiranku di sisi anda, nyatakan. Pasti aku akan cuba menghindari anda. Jika perlu aku pergi dari diri anda, akan kucuba lakukan untuk kebaikan anda.
Lepaskan aku jika aku dah tidak diperlukan lagi. Biarkan aku meneruskan hidup ini tanpa anda. Andai aku diperlukan lagi, panggilah aku kerana aku akan datang. Jadi, jangan persoalkan siapa di hatiku kerana kalianlah teman-teman yang namanya terukir di bintang hatiku dan sayangku takkan mungkin hilang.

No comments:
Post a Comment