Pages


Tuesday 3 April 2012

Hati yang Mati

  Assalamualaikum n selamat petang semua.

         Kak Jue baru pas solat Asar.  Just wait kul 6.30 ptg sebelum menonton rancangan kesukaanku, Nada Cinta.  So, sebelum itu, ingin Kak Jue coretkan sedikit kat blog milikku ini.  Hari ini, Kak Jue ingin bercerita tentang hati.

         Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

         Menurut Imam Hasan Al Basri dapatlah diketahui tanda-tanda bagi hati yang mati itu seperti:
  1. Sentiasa melazimi melakukan dosa tetapi pada masa yang sama mengharap pula keampunan Allah swt.
  2.  Berilmu tetapi tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.
  3. Beramal tetapi tidak ikhlas.
  4. Riya’, yakni melakukan kebaikan, kebajikan dan beramal kerana ingin di lihat orang atau di puji orang yakni amalnya ingin diperlihat kepada manusia.
  5. Hari-hari makan rezki Allah tetapi tidak mahu bersyukur.
  6. Mengucapkan zikir tetapi hanya di bibir tidak di hayati di dalam hatinya dan tidak diikuti pengamalan dengan anggota tubuhnya.     
         Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa rakan-rakan yang kami ketahui atau tidak kami ketahui, berilah keluasan di dalam kubur kami dan jauhilah kesempitan dan himpitan kubur bagi kami, kubur itu gelap ya Allah, berilah cahaya untuk kami di dalam kubur kami. Ampunilah kami ya Allah!

No comments: