Hari ni kat umah cam biasalah. Tolong mama wat keje serba sedikit. Banyaknya mama lah yang buatnya. Lagipun mama memang tau anak daranya bukannya pandai wat kerja rumah. Itu tak dapat dinafikan lagi. Ermmm, untungnya diriku kerana memiliki mama yang cekap membuat kerja-kerja rumah. Abah pula seringkali menyindir aku. Katanya, malanglah siapa yang dapat aku ni. Malang or tak, belum tahu lagi kan.
Aku selalu cakap kat abah, jangan pandang anak abah ni sebelah mata. Tunggulah saatnya nanti, pasti aku akan buktikan pada abah yang aku ni juga pandai seperti mama. Bukankah aku ni anak mama. Abah hanya tersenyum manis pabila mendengar celotehku ini. Abah mengenyit mata ke arah mama. Mama turut tersenyum mendengar kata-kataku.
Ermmmm, mama dan abah ni seolah-olah tidak percaya dengan anak gadisnya yang sorang ni. Pada mereka, aku masih lagi anak kecil yang selalu ingin dimanjakan. Betul ke. Aku tak rasa aku ni anak kecil cuma aku terlalu suka berdamping dengan mama dan abah. Lantaran itu, aku jarang nak duduk di asrama. Rumah ini ibarat surga padaku. Semuanya ada. Tak perlu susah-susahkan diri.
Esok sekolah dah mula bercuti. Arghhhhhh pasti membosankan. Abang Long dan Kak Ngah akan pulang ke sini. Bukan tak suka tapi rumah pasti riuh dengan suara anak-anak buahku. Sehari dua memanglah seronok tapi lau seminggu mereka kat sini pasti gamatlah rumahku ini. Abah dan mama pasti akan berikan perhatian kat anak-anak buahku. Macam mana dengan diriku.

No comments:
Post a Comment