Pages


Friday, 9 March 2012

Aku Budak Emo

        My bff cakap aku ni cepat sangat nak emo.  Hal-hal yang kecil pun aku selalu perbesarkan.   Kadang kala kami bermusuhan dek sikapku yang satu ini.  Mengapa ini terjadi.  Bukannya aku sengaja nak emo pun.  Di mana silapku.  Dia pernah cakap aku ni tak matang sedangkan usiaku dah 22 tahun.   Aku sendiri tak faham.


          Bagaimana aku nak kontrol perasaan emo.  Aku bukannya tak mencuba.  Selalu sangat aku mencuba untuk kontrol perasaanku ini.  Namun begitu, kawalanku tak bertahan lama mana pun.  Paling tidak seminggu.  Pas seminggu pasti aku kembali kepada asalnya Emo dan emo lagi.


              Mungkin aku terlalu dimanjakan.  Jarang keinginanku tidak dipenuhi.  Perasaanku selalu dijaga.  Maybe inilah yang membuatkan aku menjadi sebegini.  Namun, percayalah aku juga rimas dengan perasaan ini.  Aku rimas kerana sikap ini membuatkan aku jadi tak menentu.  


                 Aku masih terus mencuba untuk mengubah paradigma hidupku.  Berubah sedikit demi sedikit.  So, harap kalian bersabar sedikit untuk aku.  Bagilah masa untuk aku membuktikan yang aku juga boleh jadi seperti kalian.

No comments: