Percakapan dengan tulisan, terlalu besar perbezaannya walaupun apa yang ingin disampaikan adalah sama. Ketika bercakap, kita boleh memahami maksud yang ingin disampaikan dengan jelas. Ini dapat difahami daripada intonasi dan jeda percakapan seseorang. Intonasi percakapan itu sendiri cukup untuk menjelaskan sendiri emosi seseorang sama ada dia happy, marah, tidak selesa atau apa-apa lah. Jika ada kekeliruan, pasti empunya diri akan terus menjelaskan salah faham tersebut.
Bagaimanakah pula dengan bahasa tulisan? Lain yang ingin disampaikan, lain pula yang dimengertikan. Lain emosi penulis lain pula emosi pembacanya. Salah faham akan terus terjadi. Keberantakan dalam hubungan sama ada antara sahabat, kekasih suami isteri, guru dan murid atau pemimpin negara.
Siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini???? Penulis atau pembaca????? Peningkan. Tak boleh disalahkan penulis semata-mata kerana tak kan penulis nak beritahu emosinya time tu kan. Contohnya macam ni lah. "Saya dah out. Saya tahu awak bz kat fb. Tak pelah.(Sila baca dengan lembut). Takkanlah penghantar sms nak ajar cam ner penerima sms harus baca sms itu.
Sms yang sama kalau dibaca dengan nada marah, akan lain maksudnya. Begitu juga kalau baca dengan nada merajuk, lain pula maksudnya. Kalau baca dengan lembut pula akan berbeza sangat maksudnya. Mungkin penerima sms perlu bertanya pada penghantar sms kot, cam ner nak baca sms tersebut or tanya awak tulis ni dalam keadaan marah atau dalam keadaan happy atau dalam keadaan merajuk.
Rumusannya, bahasa tulisan sebenarnya menimbulkan kekeliruan jika hati dan perasaan berbeza. Inilah yang dikatakan, rambut sama hitam hati lain-lain.
Renungkanlah yer.

No comments:
Post a Comment