Aku baru je kembali dari Rumah Orang-orang Tua. Seronok bercampur hiba semuanya ada dalam hati. Banyak pengalaman dan iktibar yang kuperolehi sepanjang bersama-sama mereka di sana. Teringat kepada kedua-dua ibu bapaku. Sayang aku kepada mereka pasti makin membara setelah mengalami pengalaman ini.
Apa yang ingin aku tuliskan di sini hari ini. Pastinya cerita pasal BFF aku yang sorang ni. Semakin pening jika memikirkan hal ini. Tetiba layanannya terhadapku begitu dingin sekali. Apakah sebabnya??? Aku sendiri tidak pasti.
Mungkin dia terasa ngan semua tulisanku di sini. Aku hanya menulis tentang perasaanku sahaja. Apa yang kurasai, apa yang kualami cuba kukongsi di ruangan sempit ini. Bukan ingin menghebahkan tentang persahabatan ini. Siapa yang sudi, akan membaca segala tulisan ini. Siapa yang tak sudi akan memandang sepi saja tulisan-tulisanku ini. Semua ini hanya untuk diriku sendiri.
Megat, mungkin tulisan-tulisanku ini membuat awak tidak selesa. Namun Megat, percayalah aku menulis di sini bukan untuk siapa-siapa pun. Jika awak tak suka dengan semua ini, bagitahulah. Aku akan cuba untuk berhenti menulis tentang awak. Cuma jujur sahaja pada diriku ini.

No comments:
Post a Comment