Pages


Sunday, 4 March 2012

Coretan untuk Megat

Salam semua,

Jap lagi aku nak ke rumah orang-orang tua.  Ada tugasan yang perlu aku dan rakan-rakanku selesaikan.  Namun, bukan itu yang ingin aku bicarakan di sini.

Ceritanya tentang perbualan aku dengan kawanku.  Entah aku menjadi keliru. Keliru dengan perasaan dalam diriku sendiri.  Apakah aku gembira dapat berbual-bual dengannya.  Apakah ada perasaan marah atau apakah aku merasa sebak dan pilu tatkala mendengar suaranya.

Jujur, memang aku betul-betul merinduinya.  Tidak dapat berbual dengannya or mesej dengannya terasa sesuatu yang kurang dalam hatiku.  Memang benar, kita tidak akan merasa kehilangannya ketika dia selalu bersama-sama kita.  Kekosongan mula terasa pabila dia tiada di sisi kita.  Tika ini, desiran angin pun tak mampu untuk menemani hidup kita.

Aku cuba untuk menduga hatinya.  Apakah dia merinduiku. Apakah dia terasa kehilanganku.  Aku tidak pasti apa yang dia rasa.  Tapi sejujurnya, aku memang merinduinya, terasa kehilangannya.  

Aku juga ingin tahu apakah dia cemburu tatkala aku menyuruhnya mencarikan aku teman lain untuk diriku.  Ermmmm, yang ini langsung aku tak dapat membaca hatinya.  Dia seolah-olah suka jer nak carikan teman untukku.  Aku pun tak ingin kawan lain sebenarnya selain dia.  Aku hanya nak dia saja yang menjadi BFF aku. Kini dan selamanya. Cukuplah aku melayan kerenahnya yang terkadang membuatku happy, membuatku emosi( selalu sangatlah yang ni). Megat ni ibarat ikan masak masam manis buatku.  Semuanya cukup lengkap dalam dirinya.  Jangan marah ye Megat.  Sayang awak tau.

Tapi aku tidak boleh membohongi hatiku.  Aku sunyi sebenarnya.  Aku perlukan seseorang di sisi aku.  Mengapa aku masih mencari seorang yang betul-betul serasi denganku di alam maya ini sedangkan aku memiliki rakan-rakan lain di alam nyata.  Jawabnya, aku mencari seseorang yang benar-benar jujur denganku. Seseorang yang boleh memberi jawapan yang jujur tentang diriku.  Di alam nyata, kawan baik tidak mampu mengkritik tentang kelemahan diri kita.  Begitu juga dengan seorang lawan yang tak mampu memuji kebaikan yang kita lakukan.

Istimewanya sahabat alam maya ini ialah kita boleh berbicara tanpa rasa segan kerana kita tak nampak reaksi dia.  Semua perasaan atau perlakuan seringkali jujur ketika berchatting dengan sahabat alam maya ini.  Sifat sebenar seseorang jelas kelihatan. Cara dia meluahkan kata-kata dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Jarang yang tersembunyi.

Sepanjang persahabatan dengan Megat, aku mula mengenali siapa diriku sebenarnya.  Megat seorang yang benar-benar jujur pada pandangan mataku.  Mampu menegur, mampu memuji ( tak ingat ada ke Megat puji aku) dan mampu berkongsi cerita denganku.

So, kenapa aku harus mencari sahabat lain selain Megat.  Semuanya ada pada Megat.  Keikhlasan dan kejujuran Megat amat aku hargai.  Lantaran itu, aku tidak mampu untuk kehilangan dia, sahabat sejatiku di alam maya ini.

Aku sayang sangat pada Megat.  Kasih sayang inilah yang sering menjadi punca keruhnya persahabatan kami.  Megat cakap aku ni layan dia lebih daripada sahabat biasa.  Aku tak salahkannya. Megat, aku betul-betul sayang dia.  Harap dia dapat bersabar dan jangan letih menjadi sahabat sejatiku.

Rindu Megat, Sayang Megat.

No comments: