Pages


Tuesday, 6 March 2012

Keropok....Oh Keropok

         Keropok sememangnya sinonim dengan negeri Terengganu.  Keropok ini memang menjadi sajian penduduk negeri ini.  Rasa tak lengkap kalau tidak dapat makan keropok dalam sehari.  Suka or tak, memang akan dicari.

       Kakjue ingin berkongsi cerita tentang keropok yang dijual di negeri Terengganu ini.  Bercerita tentang tempat menjual keropok pastinya di mana-mana pun ada.  Keropok Losong antara yang terkenal di mata pengunjung-pengunjung yang datang bercuti di negeri ini.  Kalau time cuti sekolah, memang banyaklah bas or kereta yang akan membanjiri Kampung Losong.  Keropok Lekor Losong ini sebenarnya memang aku kurang minat.  Tidak menepati seleraku. Aku hairan mengapa pengunjung-pengunjung luar suka sangat membeli keropok di kawasan ini.  Akhirnya, aku dapat rumuskan sendiri.  Ini kerana pengunjung-pengunjung luar hanya mengenali tentang keropok Losong ini padahal banyak lagi keropok yang jauh lebih sedap daripada itu.

      Keropok yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini ialah keropok di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.  Gila or tak orang yang membelinya, itu kena pi tengok sendiri.  Nak beli keropok pun kena ambil nombor giliran.  Aduh, sakitnya kan.  Memang kayalah pengusaha keropok ini tak lama lagi.  Untung besarlah katakan.  Aku masih ingat lagi time kedai keropok ini mula dibuka.  Time tu memang tak ramai pembelinya.  Selalunya, kalau aku membeli keropok ini time mula dibuka dulu.  Beli RM5.00 pasti akan dapat percuma keropok yang terputus dua.Ermm.... tak faham yer.  Macam ni, ada kala keropok yang direbus itu terputus dua ketika diangkat.  So, keropok itu pasti tak akan dijual kerana dah putus kan, cam reject shop lah.  Memang time tu, kalau pulang ke Terengganu, pasti selang sehari, kami pi beli keropok tu.  Kini, yang reject tu pun dijual gak.

     Keropok itu memang tak dinafikan kesedapannya.  Kalau tak. takkan lah org ramai sanggup menunggu semata-mata untuk membeli keropok itu padahal banyak lagi tempat lain kan.  Aku cuma nak bercakap tentang satu lagi tempat yang menjual keropok yang sedap.  Bukan nak sabotaj tempat keropok Bukit Tok Beng tu.  Kalau pengusaha keropok tu bacalah tulisan ini, aku nak cakap,"Mak cik, maaf ye. Saya suka makan keropok mak cik."

    Keropok Mak Adik tidak kurang hebatnya.  Rasanya hampir sama dengan Keropok Bukit Tok Beng.  Sesiapa yang membaca tulisan ini patut pergi mencuba sendiri keropok Mak Adik dan nilaikan sendiri.  Kalau dari Jambatan Sultan Mahmud, anda perlu membelok ke arah kanan iaitu ke Kampung Seberang Takir.  Dari simpang, anda hanya perlu memandu sejauh 1 or 1.5 kilometer jer.  Keropok Mak Adik tu sebelah kiri jalan berdekatan dengan gerai menjual ayam.

    Keropok 008 yang terletak di Pantai Kelulut pun tak kurang hebatnya, begitu juga dengan keropok Sukaramai dan Keropok Rasa Sayang yang terletak di Kampung Pengkalan Atap.  Apa pun yang aku sampaikan kat sini hanyalah mengikut selera aku dan keluargaku.  Pada korang lak, aku tak taulah.  Cuma aku sarankan korang mencuba dan nilaikan sendiri yer.  Tepuk dada tanya selera anda.

  Sekian.
      

No comments: