Pages


Monday, 12 March 2012

Kameraku Wat Hal Lagi

      Salam dan selamat petang semua.  Mesti kalian dah solat Asar kan.  Terbayar sudah hutang Allah kan.  Mana yang belum solat tu pi lah solat dulu.


      Petang ni Kak Jue nak bercerita tentang kamera Kak Jue yang wat hal lagi.  Sebulan selepas beli hari tu, bateri kamera ni dah wat hal.  Tetiba je kamera tu tak berfungsi langsung.  Time tu rasa takut menghantui jiwa.  Mana tak, baru je beli dah hanging.  Kak Jue cas pun dah tak jalan lagi.  Pening kepala memikirkan apa masalah dengan kamera tu.  So. esokya Kak Jue bawalah pi Kedai Kamera.  Rupa-rupanya baterinya kondem.  So, tuan punya kedai bagilah ganti bateri tu.  Katanya, bateri tak ada ganti rugi sebenarnya.  Namun, beliau tetap bagi secara percuma.  Alhamdulillah.


       Minggu lepas, bateri kamera ni dah kehabisan.  Hari ini aku cuba on kan kamera tu. Isyarat bateri exhausted keluar.  So, aku pun cas kamera ni.  Malangnya tiada apa-apa fungsi lagi keluar dari kamera tu.  Ermmmm, aku berfkir.  Takkanlah kamera ni wat hal sekali lagi.  Puas aku menekan butang on tapi tak nyala-nyala.  Sah-sah hal dulu terjadi lagi.


       Apa yang merungsingkan aku ialah bagaimana aku nak bagitahu kat abah.  Masa kat kedai hari tu, tauke dah pesan kat aku dan abah, kalau kamera tu tak nak guna, aku kena keluarkan  bateri daripada kamera dan simpan dalam poket yang disediakan dalam beg kamera yang dibekalkan.  Tapi itu yang aku tak lakukan.  Haruskah aku memberitahu ayah tentang hal ini atau aku mendiamkan diri sahaja.  Atau perlu aku menggantikan bateri tersebut.  Peningggggggggggg.

No comments: