Sejak malam tadi pas terlebih makan ubat selesema, aku tidur aje. Kul 9 malam semalam aku telah lena. Terjaga dari tidur dalam kul 2.30 pagi, aku terlihat mesej kat hp aku. My bff hantar 2 mesej. Ermmm, dia cakap aku sombong giler. Hahahahaha. Lawak tol lah si Megat ni. Tak ada maknanya aku nak sombong ngan dia. Aku kan sayang dia.(Sayang ke). Selepas reply mesej dia, aku terlena terus. Terjaga dari tidur kul 7.00 pagi. Nasib baiklah aku uzur. Lau tak mesti terlepas Subuhnya.
Terjaga dari tidur, aku terus bersiap untuk sarapan ngan kawan-kawan aku di McD. Satu tempat yang paling aku gemari untuk sarapan. Pastu aku dan kawan-kawan lepak kat East Coast Mall. Jalan-jalan sambil window shopping. Tengah hari, aku pulang ke rumah. Sampai kat rumah, mataku dah tak tahan lagi. Aku masuk bilik terus tertidur. Anak saudaraku kejutkan aku. Jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kelam kabut aku jadinya. Aku bingkas bangun dan terus ke hadapan untuk menonton rancangan kegemaranku. Ermmmm, kenapa cerita tu ditukar kepada cerita lain. Frust tol aku kerana rancangan kegemaranku tak disiarkan. Puas berfikir, barulah aku sedar yang hari ini hari Ahad. Cerita tu esok baru ada. Hahahahaha, itulah. Lau Megat tau hal ni, pasti dia akan kutuk aku habis-habisan.
Malam ni pula tiada apa yang aku nak lakukan. Aku masuk chatroom tapi tak ada yang menarik. So, aku hanya mendengar lagu-lagu yang menjadi halwa telingaku saban malam.

No comments:
Post a Comment