Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari.
Kemelesetan
disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah, merupakan satu
lagi perkara
yang mencabar dan
membebani semua
pihak terutamanya ibu bapa masa kini. Bagi mengatasi masalah ini, ia
memerlukan pembabitan pengaruh sekitar untuk menanganinya bersama. Gejala
tersebut kian parah berleluasa sehingga terdapat di kalangan pelajar yang
sanggup membakar sekolah kerana marahkan guru atau membalas dendam. Kenyataan
ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan yang menyifatkan salah laku
disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan sekian ramai pelajar
menghadapi masalah personaliti dan keluarga.
Persoalannya,
siapakah yang
harus dipersalahkan? Adakah
sistem pendidikan di negara kita masih belum mampu mencari formula bagi
menangani gejala ini? Atau adakah KBSM masih belum berkesan untuk membentuk
keperibadian dan moral pelajar-pelajar? Atau adakah sekolah tidak berperanan
untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar? Atau
adakah ibu bapa sendiri tidak memainkan tanggungjawab yang sewajarnya dalam
mendidik anak-anak.
Golongan remaja kini mempunyai pelbagai alasan untuk keluar rumah kerana
mereka juga mempunyai banyak aktiviti sama ada membabitkan tugasan
sekolah, berbincang dengan rakan mengenai pelajaran dan pelbagai
aktiviti lain. Cabaran hebat ibu bapa zaman moden ini bukan hanya di
luar rumah tetapi juga di rumah. Anak celik komputer dan internet boleh
melayari apa saja bahan dalam internet sehingga ada yang melangkah ke
alam yang tidak patut mereka layari. Di luar rumah walaupun pengusaha
kafe siber memantau setiap aktiviti pengunjungnya terutama remaja,
tetapi banyak masa yang mereka buang di pusat tersebut Tidak hairan jika
pada musim cuti sekolah, kafe siber dipenuhi golongan remaja.
Apa yang wajar difikirkan dan dipertimbang di sini adalah perilaku nakal
yang ditunjukkan oleh remaja kebanyakannya merupakan menifestasi kepada
masalah sebenar yang tersembunyi. Ini berpandukan kepada pelbagai
faktor lain yang mendorong kepada perilaku dilinkuensi. Persoalannya,
mampukah diteroka sebanyak mungkin unsur penyebabnya?

No comments:
Post a Comment