Pages


Friday, 16 March 2012

Persahabatan itu Indah

                          Ada yang berpendapat ego itu adalah harga diri mereka. Tapi kebiasaannya ego selalu dikait dan dilihat dari sudut yang negatif sahaja. Sebenarnya ego berguna jika kena pada tempatnya. Ego juga boleh dikatakan juga sebagai perbuatan meninggi atau membangga diri. Kamu boleh berbangga atas sesuatu yang kamu lakukan yang mendatangkan kebaikan kepada diri kamu dan orang lain.

                Setiap kita melakukan kesilapan dalam meniti kehidupan seharian. Sekaligus berkebarangkalian menyinggung perasaan insan lain sama ada disedari atau sebaliknya. Itu hakikat sukar disangkal. Hanya segelintir kita bingkas memohon maaf sebaik menyedari kekhilafan  terjadi, mengguris perasaan insan lain dan berharap kesilapan kita dimaafkan. "Maaf, saya telah melakukan kesilapan, membuat awak marah"Malangnya hanya segelintir kita berkemampuan mengungkapkan kenyataan sebegitu. Sebilangan lagi terus mendiamkan diri sama ada kerana dihantui perasaan malu atau kerana memiliki hati batu berteraskan keegoan tebal. Sukar benarkah untuk memohon maaf?
                       
                    Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Namun begitu, menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam.

                        Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca daripada kesalahan atau kesilapan diri

Kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia..
Kadangkala kita perlu bergembira untuk setitis airmata..
Persahabatan itu indah..
Cintai persahabatan kerana Tuhan Yang Esa.

No comments: