Hujan terus membasahi bumi di mana aku berada kini. Sejak malam tadi, hujan belum bisa menampakkan tanda-tanda ia akan berhenti. Satu rahmat kerana bumi sudah terlalu panas untuk sekian lamanya.
Apa yang bakal kulakukan sepanjang hari ini. Pastinya saat ini aku masih berada di kamarku. Hari ini tiada kuliah, begitu juga esok. Pastinya dua hari ini aku bebas daripada belajar. Seronok rasanya walaupun assigment telah mula memanggil untuk diproses tapi biarlah slow-slow je buatnya. Sampai masanya pasti akan siap jua assigment itu.
Hari ini aku akan mengikut mama dan abah ke kenduri kahwin. Pasti best dapat makan percuma ni. Hahahaha. Apalagi pastinya nanti akan mendapat cenderamata daripada tuan rumah. Harap-harap anak buahku tak merenget nakkan cenderamata itu. Aku ni memang suka mengumpul cenderamata semasa kenduri kahwin. Banyak yang telah kusimpan/ Sapu tangan, dompet kain, tasbih, surah yasin, dan macam-macam lagi antara yang menjadi koleksi peribadiku.
Aku pasti akan mendesak abah ke pejabat pos selepas pulang dari kenduri kahwin itu. Lesen keretaku perlu dipembaharuai. Macam mana aku leh terlupa yang lesen aku telah mati 5 hari yang lalu. Aku lak bagus je bawa kereta ke mana-mana. Biasanya abah yang selalu ingatkan aku tentang lesen ini. Macam mana abah leh lupa lak. Haru betullah.
Bila selesai urusan di pejabat pos, itupun kalau pejabat pos dibuka hari ini, nak ajak abah p Kuantan Parade. Ini bukan minggu yang pertama kan. Harap-harap tidaklah. Di Kuantan Parade, aku nak beli keperluan IT. Pastinya kerja akan jadi mudah bila ada abah ni. Beli je dan abah akan bayar semuanya. Teruknya aku ni, asyik menyusahkan abah je. Huhuhu.
Terakhir sekali, pasti kami akan pulang ke rumah. Aku pastinya akan menghabiskan masaku di kamarku ini. Banyak hal yang perlu aku lakukan terutamanya mendapatkan kerehatan yang secukupnya.

1 comment:
Ermmm, pejabat pos tutup lak hari ni. Letih jew aku p 2 3 pejabat pos. Nampaknya tak ke mana2 lah aku hingga Isnin tiba
Post a Comment