Pages


Friday, 2 March 2012

Persahabatan....Megapa perlu ada syarat???

               Telefon bimbitku mengalunkan muziknya tika mataku baru saja ingin melabuhkan cerita untuk hari itu.  Kuperhatikan nama yang muncul di skrin telefonku.  Ermmmm....... my bff yang call.  Kuangkat riang panggilan dia.  Rasa penat dan letih hilang entah ke mana.  Gembiranya hati menerima panggilan dia.

              Soalan yang pertama dia ajukan padaku, "Awak sayang saya? Ermmm mengapa itu soalan yang diajukan.  Tiada soalan lain yang nak diajukan lagikah, hatiku berdetik.  "Mengapa tanya cam tu? tanyaku.  "Awak sayang saya kan?.  Cepatlah jawab debab.  "Perlukan saya jawab soalan itu?'  tanyaku lagi.  "Cepatlah jawab debab".  "Kalau saya sayang awak, kenapa dan kalau saya tak sayang awak, kenapa?  Aku masih lagi mengajukan soalan kepadanya.

          "Habis tu mengapa awak hantar mesej cam tu.  Awak sayang saya lebih daripada seorang sahabatkan." , dia masih terus mendesak hatiku.  "Kenapa awak cakap cam tu", emosiku masih lagi stabil saat dia terus mendesak dan mendesak agar aku memberikan kepastian.

              Dia terus memberitahuku alasan.  Katanya, "Kawan saya yang lain tak macam awak.  Dia orang tak ada yang hantar mesej cam awak. " 

               "Awak tak suka saya mesej cam tu ek.  Ok lah mulai malam ini saya janji saya tak akan mesej dan call awak lagi."

                  "Boleh ke awak wat cam tu," dia seolah-olah ingin mengujiku.  "Saya janji yang saya tak akan call dan mesej awak lagi mulai malam ini.  Ok, kita tengok siapa yang akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama.  Kalau saya mesej or call awak waktu malam, itu tandanya saya memang sayang awak lebih dari kawan,"  itulah yang mampu aku nyatakan padanya.

               Hingga saat ini, aku atau dia terus mendiamkan diri masing-masing.  Hatiku terasa kosong kini.  Mengapa ini semua berlaku????  Mengapa???????????  Salahkah kalau aku mengharapkan perhatian daripada seseorang yang aku telah anggap kawan sejati.  Mengapa perlu ada syarat??????

               Aku tak pernah salahkan dia kerana mempunyai anggapan sebegitu.  Aku yang tamak kerana terlupa dia bukan kekasihku.  Dia sekadar sahabat, my bff.  So, betullah katanya.  Sahabat perlu bersederhana dalam semua hal.  Kasih sayangku ini dah melimpah sehingga dia tak selesa ngan apa yang kulakukan.

                 Kini, aku telah berjanji pada diriku.  Apa yang bakal berlaku nanti, aku dah tak peduli.  Kalau perlu kukorbankan kasih sayang persahabatan ini, aku rela dan redha.  Aku ingin melihatnya gembira.  Aku rela melepaskan dia dari tali persahabatan ini.  Aku akan melihat dirinya dari kejauhan ini.  Sekurang-kurangnya aku masih lagi mengetahui perkembangan dirinya walaupun dia sedikit demi sedikit cuba menjauhkan diri daripadaku.

                  Syarat persahabatan yang dia hulurkan sukar untuk diterima hatiku ini.  Dia tak nak aku merajuk dengannya, tak nak aku manja dengannya, tak nak itu, tak nak ini sehingga aku sendiri pun tak mampu untuk menjadi diriku sendiri.  Terlalu berat untukku berubah kerana perubahan itu akan menjadikan aku sebagai insan lain.  Takut nanti aku sendiri tak kenal siapa diriku sebenarnya.

                 Tidak matangkah aku ini. Inilah diriku sebenarnya.  Aku terlalu manja.  Inginkan perhatian.  Kini, kusedari segalanya.  Bukan semua orang yang boleh menerima diri kita apa adanya.  Sukar untuk orang menerima kelemahan diri kita sebagaimana mereka menerima kelebihan diri kita.  Pepatah kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui, kini kufaham sepenuhnya.

            Wahai angin, sampaikan salam rinduku padanya.  Andai dia merasa desiran angin malam ini, pastinya akulah yang menghembuskan angin itu ke ruang hatinya.  Bicaralah padanya bahawa dialah kawan terbaikku.  Aku sekadar menumpang kasih seorang sahabat sejati.

          Wahai bulan, kau jagalah tidurnya malam ini.  Andai dia kegelapan, kau terangilah hidupnya ngan cahayamu agar tenanglah dia di sana.  Sampaikanlah berita kegembiraannya padaku di sini.  Pastinya aku tetap sahabatnya.


No comments: