Pages


Tuesday, 13 March 2012

Selesema Datang Lagi.

                Seharian hujan kat sini.  Cuaca sekarang dah tak menentu.  Dunia ni dah tua.  Pelbagai fenomena yang tak dapat kita jangkakan berlaku secara tiba-tiba.  Elok-elok panas, tetiba hujan lebat melanda.  Tatkala kita menanti hujan, kemarau panjang yang menghias hari-hari kita.


              Kepalaku dah tak berapa ok sangat ni.  Maklumlah aku kehujanan.  Hidung aku bukan ok sangat.  Pantang kena hujan, pasti selesema akan mula hinggap.  Terpaksalah aku telan ubat selesema lagi.  Bosan dah rasanya asyik bergantung pada ubat-ubatan ni.  Tak boleh sejuk langsung badan aku ni, pasti penyakit resdung aku ni akan mula datang.

              Masalahnya kalau selesema saja tak mengapalah, ini berjangkit pula kat kepala.  Berat rasanya nak bergerak dengan kesihatan yang tidak mengizinkan.  Nak wat kerja pun dah tak begitu ok lagi ni.  Assigment pula berlambak-lambak menanti untuk kusiapkan.  Tension gak aku nanti ni.


              Doakan kesihatan aku nanti.  Amin.

No comments: