Sejarah merupakan sebuah cabang ilmu dan istilah yang rat kaitannya dengan rentetan peristiwa.Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun. Ia bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga merujuk kepada salasilah, riwayat, asal usul dan keturunan.
Manusia sering tidak belajar
daripada sejarah sehingga mengulang kesilapan yang sama seperti yang
terakam dalam lipatan sejarah itu. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin
kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat
kesilapan itu."Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu.
Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada
sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali. Itu
keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan
kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan
Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur.
Sejarah
sebenarnya berulang tidak kira di pelusuk dunia mana kita berada cuma
yang berubahnya adalah individu pemegang watak sahaja. Bagaimana satu-satu tamadun itu bermula, mencapai tahap kegemilangan dan zaman kejatuhan sesuatu tamadun itu tidak banyak bezanya. Kajilah bagaimana Melaka tumbuh sebagai sebuah empayar yang masyhur. Sejarahnya tidak banyak berbeza dengan empayar Majapahit. Kajilah juga empayar-empayar yang besar di seluruh dunia ini. Tidak banyak bezanya. Beza cuma pada individu-individunya sahaja. Namun plotnya hampir sama.
Sebagai
penutup bicara, percayalah bahawa setiap hari masa berlalu kita
sebenarnya telah dan sedang mencipta sejarah untuk diri kita sendiri,
samada kita sedar mahupun tanpa kita sedari. Setiap rekod sejarah amalan
kita di dunia yang fana' ini akan dipaparkan Allah Swt di akhirat
kelak, hatta ia melibatkan sebesar zarah sekalipun.

1 comment:
betulah :) agree
Post a Comment