Pages


Tuesday, 6 March 2012

Hatiku kini Pasrah

Esok pagi dah ada kuliah sampai petang.  Malam pun sambung sampai kul 10.00 malam.
Pasti satu hari yang bakal memenatkan.  Namun begitu, sekurang-kurangnya jadual yang padat ini akan mengurangkan rasa rindu hatiku pada dia.  Dia yang semakin hari semakin menjauh walaupun katanya dia tetap cam biasa.  Namun, perubahannya tetap kurasai.

Aku sebenarnya sudah penat mengejarnya.  Aku sudah penat menghubunginya. Aku sudah penat asyik menunggunya di chatroom.  Hanya aku yang menantinya.  Adakah dia menantiku.  Aku tak rasa kalau dia menantiku.  Nak mesej aku pun dia dah tak sudi kini.  Jauh sekali untuk menelefonku.  Hanya aku yang menganggapnya sebagai kawan baikku tapi dia. Sudah tentu dia tidak pernah menganggapku sebagai kawan baiknya.

Aku tak akan mengejarnya lagi.  Aku tak kan menganggunya lagi dengan panggilan telefon or menghantar mesej lagi.  Aku dah tak mampu lagi.  Berkawan harus dua hala tapi aku ni hanya satu hala sahaja.  Dia cuma kasihan padaku sahaja.  Mungkin kerana aku ni perempuan, maka dia tak mahu mengecewakanku walaupun semua itu dia lakukan dengan keterpaksaan.  Perasaannya dah lain terhadapku.  Dulu dia selalu suka tapi sekarang ni dia dah tak rasa apa-apa lagi.

Ya Allah, kau kuatkan hatiku untuk melupainya.  Andai perasaanku ini membuatku tersiksa kau jauhkan perasaan ini.  Jika aku tak pernah dihatinya, kau hapuskanlah namaku di hatinya.  Kerana aku pasti dia akan gembira dengan ketiadaan aku.


Aku ni ibarat melukut di tepian gantang, hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong dan aku juga seperti bunga dedap yang indah di mata tapi hilang pabila ditiup angin.  Ya Allah, kau tenangkan hatiku.
Ketemukan aku dengan seorang insan yang betul-betul boleh membimbingku, yang tak pernah jemu melayani kerenahku.

No comments: