Sejumlah orang bijak pandai menggantungkan tiga buah papan berharga di pejabatnya. Pada tiap-tiap papan tersebut tertulis kata-kata mutiara yang sangat berharga.
Papan pertama tertulis, "Hari anda adalah sekarang, hari anda adalah sekarang", Ia bererti hiduplah anda dalam batas-batas hari ini saja. Papan kedua bertuliskan, "Fikirkanlah dan bersyukurlah." Maksudnya, fikirkan tentang nikmat Allah itu, kemudian syukurilah. Papan ketiga bertuliskan, "Jangan marah."
Ketiga-tiga papan ini merupakan tiga nasihat yang akan menghantarkan anda kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat dan mudah. Ini kerana, sudah selayaknya bagi anda untuk menuliskan pada buku harian anda agar anda dapat membacanya setiap hari.

No comments:
Post a Comment